Kursus Asas Haji – Jadual Lengkap & Download Nota TH 2025
Untuk menunaikan ibadah haji yang sempurna, ia memerlukan persediaan rapi, termasuk pemahaman mendalam tentang rukun, wajib dan sunnah haji.
Bagi membantu jemaah haji membuat persediaan yang terbaik, Lembaga Tabung Haji (TH) ada menyediakan Kursus Asas Haji (KAH) yang wajib dihadiri oleh semua bakal jemaah haji Malaysia.
Kursus ini bukan sahaja membantu bakal haji memahami prosedur ibadah, malah memberikan panduan kesihatan dan pengurusan untuk memastikan kelancaran perjalanan sepanjang berada di tanah suci.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Apa itu Kursus Asas Haji?
Kursus Asas Haji, atau ringkasnya KAH adalah program pengenalan kepada ibadah haji yang wajib dihadiri oleh bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji.
KAH dirangka khas oleh Lembaga Tabung Haji untuk memastikan setiap bakal jemaah haji bersedia dari segi ilmu dan praktikal.
Kursus ini merangkumi pelbagai aspek penting ibadah haji. Dari asas-asas rukun haji, hingga ke tips-tips praktikal mengenai kesihatan dan pengurusan diri di Tanah Suci.
Kursus ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman yang bukan sahaja akan berkongsi ilmu, tetapi juga pengalaman peribadi mereka di Mekah dan Madinah.
Yang menariknya, KAH bukan sekadar satu sesi sahaja. Ia merupakan satu siri kursus yang dijalankan secara berperingkat, memastikan setiap bakal jemaah haji mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami dan menghayati setiap aspek ibadah haji.
BACA JUGA:
- Kos Haji 2025 – Kadar Bayaran Untuk B40, M40, T20 & Rayuan
- Semakan Tawaran Haji 2025 / 1446H (THiJARI) Tabung Haji
- Rayuan Haji 2025 : Permohonan Online THiJARI & Syarat
Bila Kursus Asas Haji 2025 Diadakan?
Menurut jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji, KAH 2025 akan bermula pada 18 Oktober 2024 dan berakhir pada 12 Januari 2025.
Ini bermakna, bakal jemaah haji akan mempunyai masa lebih kurang tiga bulan untuk mendalami ilmu haji. Tempoh ini dipilih dengan teliti untuk memastikan para jemaah mempunyai masa yang mencukupi untuk menyerap ilmu dan membuat persediaan mental serta fizikal sebelum berangkat ke Tanah Suci.
KAH 2025 akan dijalankan sebanyak 13 siri, dengan satu siri setiap minggu. Setiap sesi kursus akan berlangsung selama 2 jam 30 minit, biasanya diadakan pada hujung minggu. Ini memudahkan mereka yang bekerja untuk menghadiri kursus tanpa mengganggu jadual kerja harian.
Siapakah yang Terpilih untuk Mengikuti KAH?
KAH 2025 terbuka kepada dua kumpulan utama:
- Pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1446H (2025)
- Pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1447H (2026)
Jika anda termasuk dalam salah satu kategori ini, tahniah! Anda selangkah lebih dekat untuk merealisasikan impian menunaikan ibadah haji.
NOTA: Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.
Bagaimana anda boleh mengetahui sama ada anda terpilih?
Lembaga Tabung Haji akan menghantar jemputan melalui SMS atau surat kepada mereka yang layak. Jika anda tidak pasti, anda boleh juga membuat semakan di Pejabat Tabung Haji berdekatan.
Dimana KAH Diadakan?
KAH akan dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi tepat kursus anda, anda boleh menyemak melalui aplikasi THiJARI atau laman web rasmi Tabung Haji.
Jadual lengkap KAH 2025 boleh dirujuk di bawah atau, anda juga boleh dimuat turun dari laman web rasmi Tabung Haji.
Jadual Lengkap Kursus Asas Haji 2025
Muat turun jadual lengkap Kursusu Asas Haji 2025 (PDF) di bawah:
Pastikan anda menyemak jadual dengan teliti dan memilih siri kursus yang paling sesuai dengan kesesuaian masa anda.
Nota Kursus Asas Haji (KAH) 2025
Muat turun Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH) seperti di bawah:
- MINGGU 1 – SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH & MADINAH
- MINGGU 2 – FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA
- MINGGU 3 – RUKUN HAJI : NIAT IHRAM, WUQUF & TAWAF
- MINGGU 4 – RUKUN HAJI : SA’IE, BERCUKUR/ BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
- MINGGU 5 – WAJIB-WAJIB HAJI : NIAT DI MIQAT, LARANGAN DALAM IHRAM, DAM & MABIT DI MUZDALIFAH
- MINGGU 6 – WAJIB-WAJIB HAJI : MELONTAR DI JAMRAH KUBRA 10 ZULHIJJAH, MABIT DI MINA DAN MELONTAR PADA HARI-HARI TASYRIQ DAN NAFAR
- MINGGU 7 – JENIS HAJI DAN CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI
- MINGGU 8 – AURAT DAN IZIN SUAMI
- MINGGU 9 – FIQH WANITA DALAM IBADAT HAJI
- MINGGU 10 – IBADAT UMRAH, NIAT BERSYARAT, TAWAF WADA’ DAN ZIARAH MADINAH
NOTA:
Untuk makluman Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH) di dalam laman sesawang hanya dibekalkan dari minggu 1 sehingga minggu ke-10.
Manakala, bagi minggu ke-11 (Kesihatan) & ke-12 (Pengurusan) ia hanya akan dibentangkan dalam taklimat Kursus yang dianjurkan berikutan maklumat tersebut perlu diberikan kefahaman secara bersemuka bagi mengelak sebarang ketidak tepatan dalam info dan maklumat yang disalurkan.
Soalan Lazim Kursus Asas Haji 1446H/2025M
Bilakah Kursus Asas Haji (KAH) akan bermula? | Bermula dari 18 Oktober 2024 sehingga 12 Januari 2025. |
Siapakah yang terpilih untuk mengikuti KAH? | Jemputan penyertaan KAH hanya untuk pendeposit yang giliran tunai haji pada 1446H dan 1447H sahaja. |
Bagaimana saya boleh tahu sama ada saya terpilih untuk mengikuti KAH? | Panggilan KAH dihantar melalui SMS dan surat bagi mereka yang tiada Maklumat nombor telefon di sistem TH. Bakal Haji juga boleh membuat semakan dengan Pejabat TH berdekatan. Pihak TH akan menghubungi mereka yang dijemput untuk hadir KAH dan memberi maklumat lanjut. |
Dimanakah KAH akan dilaksanakan? | KAH akan dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih seluruh negara. |
Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh dan tempat kursus? | Jadual KAH boleh disemak melalui aplikasi THiJARI :Menu > Perkhidmatan Haji > Kursus Hajiatau di Laman Web Rasmi TH di www.tabunghaji.gov.myatau di Pejabat TH berdekatan |
Berapa jumlah siri KAH yang akan diadakan? | 13 siri. |
Berapa siri akan diadakan dalam seminggu? | 1 siri. |
Adakah TH menyediakan modul/buku untuk rujukan? | Bakal haji 1446H dan 1447H yang menerima surat panggilan kursus boleh mendapatkan Buku Nota Asas KAH di Pejabat TH Cawangan. Modul KAH juga boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi TH www.tabunghaji.gov.my atau di Portal e-Bimbingan Haji (https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/auth/login). |
Adakah rakaman KAH disedikan sekiranya saya terlepas sesi kursus? | Rakaman sesi kursus tidak disediakan. Walaubagaimanapun, bakal jemaah yang terpilih boleh mengulangkaji topik dan modul KAH di Portal e-Bimbingan Haji (https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/auth/login). |
Adakah KAH pada kali ini dibuka untuk umum yang ingin belajar tentang ibadat haji? | KAH pada kali ini dibuka untuk umum. Namun, keutamaan diberikan kepada peserta yang mendapat jemputan kursus. |
Bilakah kebenaran tunai haji bagi rakyat Malaysia akan diumumkan? dan berapakah kuota untuk Malaysia? | TH masih berbincang dan menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi. |
Berapakah bayaran haji pada tahun ini? | TH akan memaklumkan Bayaran Haji untuk 1446H/2025M setelah perbincangan mendalam mengenai kos keseluruhan menunaikan haji tahun ini. |
Adakah SOP dan syarat-syarat pada tahun 1446H/2025M masih diguna pakai pada tahun ini? | Akan dimaklumkan setelah menerima keputusan Kerajaan Arab Saudi berkaitan pelaksanaan haji bagi musim 1446H/2025M. |
Adakah TH menawarkan perkhidmatanbadal haji pada tahun ini? | Tidak. Bermula Musim Haji 1440H/2019M, TH sudah tidak menawarkan perkhidmatan badal haji disebabkan arahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. |
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi Tabung Haji. Atau, hubungi:
- E-mel : [email protected]
- Telefon: +603 – 6207 1919