Khasiat Lemon Untuk Kesihatan dan Kecantikan Diri

khasiat lemon
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Khasiat Lemon Untuk Kesihatan dan Kecantikkan Diri

Lemon kaya dengan vitamin C, serat dan pelabagi sebatian tumbuhan yang bermanfaat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat lemon kepada manusia.

khasiat lemon

Baca juga:

Khasiat Lemon untuk Kesihatan Badan

khasiat lemon

Berikut adalah antara khasiat lemon yang perlu anda tahu:

1. Mengawal berat badan

khasiat lemon

Khasiat lemon yang pertama adalah dapat membantu mengawal berat badan. Hal ini berlaku kerana adanya kandungan serat dalam lemon yang dikenali sebagai pektin akan mengembang apabila ia masuk ke dalam sistem pencernaan badan.

Apabila ini berlaku, anda akan rasa mudah kenyang dan secara tidak langsung jadi kurang makan.

Maka tidak hairanlah, di mana-mana pun orang akan sebut lemon sebagai minuman terbaik untuk menguruskan badan.

Sungguhpun begitu, jangan mengambil air lemon melebihi anda minum air kosong setiap hari. Kerana air kosong itu mempunyi manfaat yang tiada tandingan daripada minuman-minuman yang lain.

2. Bagus untuk kesihatan perut

Mengamalkan tabiat minum secawan air lemon hangat atau suam setiap pagi sebelum makan mampu untuk melancarkan sistem pencernaan anda.

Ini dibuktikan dengan kandungan asid sitrik yang terkandung dalam lemon akan menambahkan lagi sifat asidik semula jadi untuk membantu memecahkan makanan.

Sambil menghirup minuman lemon panas secara tidak langsung juga bertindak sebagai pelembut dalam sistem pencernaan.

3. Mengawal tekanan darah

khasiat lemon

Bukan setakat itu sahaja, khasiat serat dalam lemon juga mengurangkan risiko diabetes atau membantu mereka dengan penyakit ini untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Nutrition and Metabolism, pengambilan lemon dan juga amalan berjalan kaki selama 30 hingga 60 minit setiap hari dapat membantu mengawal tekanan darah berbanding mereka yang tidak makan buah lemon.

4. Mencegah gout

Gout  adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh lebihan kandungan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil puri.

Pesakit gout biasanya akan mendapat simptom seperti sakit sendi yang sangat teruk sehingga tidak dapat digerakkan.

Menurut kajian, lemon dapat menurunkan paras asid urik dalam darah dan kemudian mencegah gout.

Kami cadangkan anda cuba ambil ekstrak jus lemon selama enam minggu dan lihat kesannya kemudian.

5. Mencegah tanda penuaan

Lemon membekalkan vitamin C yang memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit.

Seperti yang anda tahu, setiap orang mempunyai protein badan yang dikenali sebagai kolagen. Manfaat vitamin C inilah yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit.

6. Mencegah batu karang

Jus lemon juga dapat menghalang pembentukan batu karang dengan cara meningkatkan tahap sitrat di dalam air kencing.

Sitrat akan terikat dengan kalsium dan menghalang batu karang daripada terbentuk.

National Kidney Foundation menggalakkan agar pesakit mencampurkan 120 ml jus lemon bersama air kosong sebagai penawar untuk masalah batu karang.

7. Melegakan sakit tekak dan batuk

Air lemon hangat yang dicampur bersama madu merupakan penawar turun-temurun untuk masalah sakit tekak.

Pada musim sejuk, minuman ini bukan sahaja dapat membantu anda menghangatkan badan, ia juga dapat membantu mencegah sakit tekak.

Khasiat vitamin C yang terkandung dalam setiap perahan lemon juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan.

Justeru, untuk anda yang kerap diserang simptom batuk, selsema dan sakit tekak ketika musim sejuk, anda boleh banyakkan minum air lemon untuk menguatkan daya tahan badan.

8. Bagus untuk kesihatan jantung

Buah lemon mengandungi 31 gram vitamin C, 2 kali ganda lebih banyak daripada keperluan harian badan.

Pengambilan air lemon bukan sahaja boleh menguatkan daya tahan badan, vitamin C yang terkandung dalam buah lemon boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.

Bukan itu sahaja, buah lemon juga mengandungi banyak serat yang baik untuk kesihatan perut. Ia juga dapat mengurangkan tahap kolesterol LDL dalam badan.

Kolesterol yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko aterosklerosis, sejenis penyakit yang membuatkan salur darah menjadi keras.

9. Menyegarkan nafas

Masalah nafas berbau akan menyebabkan kita malu untuk berada dekat dengan orang lain. Jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh cuba mengamalkan pengambilan jus lemon.

Secara tradisionalnya, jus lemon digunakan untuk mengatasi masalah nafas berbau dan mulut kering. Mulut yang kering adalah salah satu punca kepada terjadinya masalah nafas berbau. 

Sifat asid yang ada pada buah sitrus ini mampu untuk merangsang penghasilan air liur (saliva) lalu dapat mencegah masalah bau nafas.

10. Detoks untuk tubuh

khasiat lemon

Master of detoxification terbaik adalah buah lemon. Ia memiliki khasiat untuk menghilangkan racun yang ada di dalam tubuh.

Anda boleh memanfaatkan fungsi lemon ini dengan dijadikan minuman detoks bagi mengatasi masalah toksin berlebihan dalam badan. Berikut kami kongsikan resipi detoks untuk anda buat sendiri di rumah.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji lemon (dihiris nipis bersama kulit)
  • 1 biji timun (dipotong memanjang/membulat)
  • Daun pudina

Cara-caranya:

  1. Masukkan lemon dan timun tersebut ke dalam botol air berukuran 1.5 liter.
  2. Kemudian, ambil daun pudina dan masukkan juga dalam botol yang sama lalu isi dengan air hingga penuh.
  3. Air tersebut boleh diletakkan dalam peti ais.
  4. Anda boleh isi air semula sehingga tiga kali sebelum menggantikan bahan di dalamnya dengan yang baru.
  5. Ambil air ini pada setiap awal pagi dan malam sebelum tidur.

Selain gabungan lemon, timun dan pudina, anda juga boleh cuba mengabungkan bahan lain seperti (halia+madu+serai) atau (teh hijau+lemon).

Manfaat Terbaik Pada Lemon | Dr. Noordin Darus

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat lemon dapat memberkan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Khasiat Lemon Untuk Kesihatan Dan Kecantikan. My Sihat
  2. Khasiat Lemon Untuk Kesihatan. Salah Satunya Bagus Untuk Jantung! My Sihat
  3. Khasiat Lemon Untuk Kesihatan (Tips & Panduan). Bidadari.My
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut