Ketua Polis Negara Malaysia: Biodata Penuh & Tempoh Pelantikan

ketua polis negara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pada 20 Jun 2025 yang lepas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara Malaysia (KPN) yang ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara setelah tamat kontrak dua tahun.

Jawatan ini merupakan satu jawatan tertinggi dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia, dan menggalas tanggungjawab yang sangat berat dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara kita. 

Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat berkenaan KPN baharu kita seperti sejarah perkhidmatan, tempoh bertugas, biodata dan anugerah yang pernah diterima beliau. Jadi, pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi, 

Biodata Ketua Polis Negara Baharu

Datuk Seri Mohd Khalid bin Ismail dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di SK Manong dan SMK Clifford, Kuala Kangsar. Pada tahun 1986, beliau telah menyambung pengajian di Institut Teknologi Mara dalam Diploma Pentadbiran Awam.

Pada tahun 1987, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya, telah menyambung pelajaran di UIAM pada tahun 2008 dan 2013, dan telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perbandingan Undang-Undang. 

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan Ketua Polis Negara baharu ini:

  • Nama:  Mohd Khalid bin Ismail 
  • Umur: 60 Tahun
  • Tarikh Lahir: 8 April 1965 
  • Negeri Kelahiran: Manong, Kuala Kangsar, Perak
  • Isteri: Datin Seri Hajah Munirah Che Rose
  • Anak: 3 Orang

Tempoh Pelantikan  Ketua Polis Negara Baharu

Pada 20 Jun 2025, Datuk Seri Khalid Ismail secara rasminya telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara Malaysia, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara setelah tamat kontrak dua tahun. 

Pelantikan beliau yang telah diumumkan di Pulapol, Kuala Lumpur, merupakan pelantikan secara kontrak selama dua tahun bermula daripada 23 Jun 2025 sehingga 22 Jun 2027

Menurut Datuk Seri Saifuddin, Menteri Dalam Negeri, yang turut serta dalam majlis serah terima tugas di Pulapol tersebut, pelantikan KPN ini telah diperkenankan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sejarah Perkhidmatan

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, Datuk Seri Khalid bin Ismail telah memulakan tugasnya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 5 April 1987, sebagai inspektor percubaan. 

Untuk pengetahuan anda, Datuk Seri Khalid telah berkhidmat dengan PDRM selama tiga dekat sebelum beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan daripada sekecil jawatan sehinggalah kini, beliau menggalas jawatan tertinggi dalam PDRM. 

Berikut merupakan beberapa jawatan yang pernah digalas beliau sepanjang perkhidmatan beliau ini:

  • Timbalan Pengarah Cawangan Khas I 
  • Ketua Cawangan Khas Pahang
  • Atase Polis Kedutaan Malaysia di London
  • Pegawai Perhubungan Keselamatan di London, United Kingdom.
  •  Pengarah Cawangan Khas 
ketua polis negara

Senarai Pingat dan Darjah Kebesaran

Berikut merupakan beberapa pingat dan darjat kebesaran yang pernah diterima oleh Ketua Polis Negara baharu ini sepanjang beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia:

  1. Malaysia
    • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
    • Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
    • Ahli Mangku Negara (AMN) (1983)
    • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 (2019)
    • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
  2. Polis Diraja Malaysia
    • Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) (2019)
    • Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
    • Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (2023)
  3. Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato’ (2018)
    • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (2023)
  4. Perak
    • Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) – Dato’ Pahlawan (2024)
ketua polis negara

    Baca juga: Biodata Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang & Exco

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut