Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 – Kemasukan ke IPTA & MARA

keputusan UPU
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KEPUTUSAN UPU PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN MARA BPT BAGI LEPASAN SPM

[PEMAKLUMAN] Keputusan UPUOnline Permohonan Kemasukan ke IPTA dan Mara BPT bagi lepasan SPM boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU.

Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Kenyataan Media KPT

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2025/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE® LEPASAN SPM, STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2025/2026

Keputusan permohonan boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim, iaitu :

  • Lepasan SPM – 16 Jun 2025 (Isnin); 12.00 tengah hari25 Jun 2025 (Rabu); 5.00 petang
  • Lepasan STPM – Minggu pertama September 2025

Tarikh tepat semakan keputusan akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam masa terdekat.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN.

SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :

BACA JUGA: UPUOnline – Permohonan Sesi 2025 / 2026 Lepasan SPM & STPM

Tempoh Semakan Keputusan & Pendaftaran Kemasukan Sesi 2025/2026

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026:

Cara Beli No Pin UPUOnline

Pembelian Nombor Pin boleh dilakukan secara di :

  • 350 kaunter cawangan BSN
  • 700 mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Pembelian boleh dilakukan sebelum menghantar permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin bersama resit pembayaran.

Pemohon perlu menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian untuk rujukan.

Cara Beli No Pin UPUOnline 2025

Baca juga: Cara Beli No Pin UPUOnline 2025 : Walk-In & Online

Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Pengesahan persetujuan menerima tawaran boleh dibuat mulai 17 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025 melalui laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada calon yang berjaya bermula 17 Jun 2025, selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan untuk menukar program pengajian di IPTA atau MARA BPT tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan bagi permohonan rayuan hanya akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan tempat dalam program pengajian yang ditawarkan selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.

Rayuan Permohonan

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025 jam 5.00 petang.

Permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula perlu dikemukakan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline®.

Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

Apa itu UPUPocket?

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

keputusan rayuan upuonline

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

BACA JUGA: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU

Semakan Panggilan Temu Duga / Ujian

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN / ATAU UJIAN PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN

Calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan Bertemu Duga dan/atau Ujian, boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula 19 MEI 2025 (ISNIN).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat http://upu-chat.ml/UPUChat/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut