Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan: Karangan

kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi murid yang mencari isi penting dan contoh karangan kepentingan Sains dan teknologi dalam kehidupan, berikut adalah isi penting dan contoh karangan.

Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan yang boleh menjadi rujukan murid.

Isi Penting Karangan Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan

1. Memudahkan dan Mempercepatkan Kerja Manusia

  • Pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia dan memberikan hasil yang lebih bermutu.
  • Banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.
  • Sebagai contoh, periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu memudahkan dan mempercepatkan para ibu semasa memasak.

2. Perhubungan Manusia Menjadi Mudah, Cepat, dan Selasa

  • Manusia kini dapat bergerak dalam masa yang singkat walaupun dalam jarak yang jauh dengan adanya Sains dan teknologi.
  • Contohnya, penciptaan kapal terbang telah membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat.
  • Menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan.

3. Meningkatkan Hasil Tanaman Pertanian

  • Kini manusia dapat menikmati hasil tanaman mereka dalam tempoh yang cepat.
  • Contohnya padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik.
  • Mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi yang hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji.
  • Mampu meningkatkan pendapatan petani apabila mereka menjual hasil mereka.

4. Penghasilan Ubat-Ubatan yang Lebih Berkesan

  • Pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan pelbagai ubat-ubatan untuk merawat penyakit yang ada pada ketika ini.
  • Sebagai contoh, penyakit kanser seperti leukemia, limfoma dan payu dara kini dapat dirawat melalui ubat kemoterapi.
  • Mujarab merawat penyakit kanser, mengelak kanser daripada merebak, memperlahankan perkembangan kanser dan untuk membunuh sel kanser yang merebak ke bahagian badan yang lain.
  • Mengurangkan kadar kematian manusia yang menghidap kanser akibat kegagalan rawatan dan ubatan yang berkesan.

Contoh Karangan Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan

i) PENDAHULUAN

Sains merupakan satu bidang kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semula jadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. lnformasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Terdapat banyak manfaat dan kepentingan yang bakal dinikmati oleh manusia dengan adanya Sains dan teknologi dalam kehidupan mereka.

ii) ISI 1: MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN KERJA MANUSIA

Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam
kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan. Sebagai contoh, periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu memudahkan dan mempercepatkan para ibu semasa memasak.

iii) ISI 2: PERHUBUNGAN MANUSIA MENJADI MUDAH, CEPAT, DAN SELESA

Sains dan teknologi telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Manusia kini dapat bergerak dalam masa yang singkat walaupun dalam jarak yang jauh dengan adanya Sains dan teknologi. Contohnya, penciptaan kapal terbang telah membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Ruang dan tempat duduknya pula direka untuk keselesaan penumpangnya. Ini menunjukkan Sains dan teknologi telah banyak memberi manfaat dalam menjadikan perhubungan manusia menjadi mudah, cepat, dan selesa.

iv) ISI 3: MENINGKATKAN HASIL TANAMAN PERTANIAN

Sains dan teknologi juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Jika sebelum ini manusia terpaksa menunggu dalam masa yang lama untuk menunggu hasil tanaman, kini manusia dapat menikmati hasil tanaman mereka dalam tempoh yang cepat. Contohnya padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti. Padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi yang hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Peningkatan hasil tanaman pertanian ini mampu meningkatkan pendapatan petani apabila mereka menjual hasil mereka.

v) ISI 4: PENGHASILAN UBAT-UBATAN YANG LEBIH BERKESAN

Kemajuan Sains dan teknologi telah banyak membantu manusia dalam sektor kesihatan. Salah satunya adalah dalam penghasilan ubat-ubatan yang lebih berkesan. Dengan adanya Sains dan teknologi, pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan pelbagai ubat-ubatan untuk merawat penyakit yang ada pada ketika ini. Sebagai contoh, penyakit kanser seperti leukemia, limfoma dan payu dara kini dapat dirawat melalui ubat kemoterapi. Ubat ini digunakan oleh pesakit untuk merawat penyakit kanser, mengelak kanser daripada merebak, memperlahankan perkembangan kanser dan untuk membunuh sel kanser yang merebak ke bahagian badan yang lain. Ini dapat mengurangkan kadar kematian manusia yang menghidap kanser akibat kegagalan rawatan dan ubatan yang berkesan.

vi) PENUTUP

Dengan adanya Sains dan teknologi, ianya telah banyak memberi manfaat kepada manusia. Sedar tidak sedar, banyak kehidupan manusia pada hari ini bergantung kepada Sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, manusia tidak boleh menyalahgunakan Sains dan teknologi dengan tujuan yang salah dan membahayakan nyawa manusia dan alam sekitar di sekeliling.

Rujuk : Koleksi Model Karangan / Excellent Model Essays Tahap 1 & 2 (Tahun 1-3 & Tahun 4-6)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut