Kenaikan Pencen 2026 – Kelayakan & Cara Pengiraan
Sejak pengumuman rasmi kerajaan mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, topik mengenai kenaikan pencen 2026 menjadi antara topik paling hangat dibincangkan dalam kalangan pesara kerajaan dan penjawat awam.
Kenaikan pencen ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2026.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai kenaikan pencen 2026 untuk pesara kerajaan dan penjawat awam.
BACA JUGA: Gaji Minimum-Maksimum Gred SSPA 1–22 (Pekeliling SSPA)
Kenaikan Pencen 2026 – Apa Yang Pesara Perlu Tahu?
Kenaikan pencen 2026 merupakan sebahagian daripada pelaksanaan SSPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 pada 16 Ogos 2024.
SSPA ini memperkenalkan pelarasan gaji dan pencen secara berfasa. Fasa 1 bermula pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.
Pelarasan ini dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing. Ini sejajar dengan peruntukan Akta Penyelarasan Pencen 1980, Akta 238.
Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, kenaikan gaji Fasa 2 pada 2026 akan melibatkan kadar berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 3%, manakala Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana akan menikmati kenaikan 7%.
Kenaikan ini adalah kesinambungan daripada Fasa 1 yang telah bermula pada Disember 2024 di mana kadar kenaikan adalah 4% dan 8% mengikut kumpulan masing-masing.
Bagaimana pula dengan pesara?
Kenaikan pencen 2026 turut melibatkan pesara kerajaan, di mana amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara.
Ini bermakna, pesara akan menerima pencen yang lebih tinggi, selari dengan kenaikan gaji penjawat awam aktif.
Kaedah baharu ini menggantikan sistem kenaikan tahunan 2% yang digunakan sebelum ini, bermula tahun 2025.
Bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013, mereka akan menerima pelarasan kenaikan pencen sebanyak dua kali, iaitu 8% bermula Disember 2024 dan 7% lagi pada awal 2026, menjadikan jumlah keseluruhan kenaikan sebanyak 15%.
Menurut Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), langkah ini amat dinanti-nantikan lebih 900,000 pesara di seluruh negara.
Untuk memastikan anda layak menerima pelarasan pencen 2026, pastikan status perkhidmatan dan opsyen SSPA anda sentiasa dikemas kini.
Pegawai yang menolak opsyen SSPA atau tidak lagi berkhidmat pada tarikh pelaksanaan tidak layak untuk menerima pelarasan ini.
Bagi anda yang ingin mengira jumlah kenaikan pencen atau gaji, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan kalkulator rasmi di portal mereka untuk memudahkan pengiraan secara tepat.
Sumber: Bahagian Pencen, JPA
Kenapa Kenaikan Ini Dilaksanakan?
Kerajaan melalui keputusan Majlis Menteri dan pengumuman PM Anwar Ibrahim menekankan, penyelarasan pencen mengikut gaji terakhir pegawai semasa bersara adalah usaha untuk:
- Menangani kos sara hidup semasa
- Mengharmonikan sistem pencen lama dengan struktur gaji baru
- Menjamin kebajikan pesara termasuk penerima pencen terbitan
Pembatalan Sistem 2% Tahunan
Seperti dinyatakan di atas, Sistem kenaikan 2% tahunan yang diperkenalkan pada 2013 telah dimansuhkan sejak 1 Januari 2025 selepas disemak semula Panduan Mahkamah Persekutuan. Kini, penyesuaian pencen adalah berasaskan kenaikan gaji terakhir penjawat awam.
Dalam maksud mudah, 2% kenaikan setiap tahun itu, sudah tiada dan telah diganti dengan kaedah penyelarasan pencen.
Sekiranya ada pelarasan gaji pegawai awam yang sedang berkhidmat, maka akan adalah penyelarasan pencen. Penyelarasan ini akan bermula pada 1 Januari 2026.
BACA JUGA: Kenaikan Gaji Tahunan KGT Penjawat Awam Mengikut Gred SSPA
Siapa yang Layak?
Kelayakan Kenaikan Pencen 2026. Siapa yang layak?
- Pesara kerajaan yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2026, termasuk penerima pencen terbitan (waris), pencen hilang upaya, pencen tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan layak menerima penyelarasan pencen berdasarkan SSPA.
- Pesara yang menolak opsyen SSPA atau bukan penerima pencen kerajaan tidak layak menerima pelarasan ini.
Cara Pengiraan Pelarasan Pencen SSPA
LANGKAH 1
Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih dahulu.
Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:
1. Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:
- Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau
- Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000
2. Kumpulan Pengurusan Tertinggi
- Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 4%)
LANGKAH2
Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:
[1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan]
Contoh Pengiraan:
Seorang pesara kumpulan Pelaksana dengan gaji akhir RM3,000 (Disember 2024):
Fasa 1: RM3,000 + 8% = RM3,240
Fasa 2: RM3,240 + 7% = RM3,467
Jika tempoh perkhidmatan 30 tahun (maksimum):
- Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20
- Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20
NOTA:
- Jika tempoh perkhidmatan melebih 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024
- Kenaikan tahunan automatik 2% telah dimansuhkan mulai 2025. Selepas Fasa 2, pelarasan hanya berlaku jika ada semakan gaji baharu penjawat awam.
- Penerima pencen terbitan (waris), pencen hilang upaya, dan pencen tanggungan turut layak menerima pelarasan ini.
- Pastikan status opsyen SSPA dan kelayakan perkhidmatan anda disemak di portal rasmi JPA/KWAP.
Soalan Lazim
Kenaikan pencen Fasa 2 akan bermula pada 1 Januari 2026, serentak dengan pelarasan gaji penjawat awam Fasa 2.
Pesara kerajaan yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2026, termasuk penerima pencen terbitan (waris), layak menerima pelarasan pencen. Pegawai yang menolak opsyen SSPA atau tidak lagi berkhidmat pada tarikh pelaksanaan tidak layak.
Ya, penerima pencen terbitan juga akan menerima pelarasan pencen yang sama mengikut kumpulan perkhidmatan pesara asal.
Pencen baharu dikira berdasarkan gaji akhir bersamaan selepas pelarasan Fasa 1 dan Fasa 2, mengikut formula rasmi JPA. Kalkulator pengiraan disediakan di portal rasmi JPA untuk rujukan pesara.
Tidak, hanya pesara yang bersara sebelum atau pada tarikh pelaksanaan Fasa 2 (1 Januari 2026) layak menerima pelarasan pencen ini.
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi JPA atau KWAP, serta menggunakan kalkulator pengiraan yang disediakan secara dalam talian.
Pelarasan pencen akan dilakukan secara automatik oleh pihak berkuasa pencen, tidak memerlukan permohonan pesara.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan info terkini mengenai pencen pesara, sila rujuk:
- Laman Rasmi KWAP
- Facebook Bahagian Pencen JPA