Kelayakan Piala Dunia 2026 [LIVE] Malaysia vs Chinese Taipei

Saksikan Kelayakan Piala Dunia 2026 live Malaysia vs Chinese Taipei pada 11 Jun 2026 perlawanan ke 6 kumpulan D pusingan 1 di Stadium Bukit Jalil.

Sebelum ini pada perlawanan ke 5 kumpulan D, skuad Harimau Malaya mengikat keputusan 1-1 menentang Kyrgyzstan.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 7 jaringan untuk mara ke pusingan berikutnya.

Berikut adalah kesebelasan utama skuad Harimau Malaysia pada malam ini:

Sejarah Ringkas Kelayakan Piala Dunia Pasukan Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia pertama kali dan terakhir bermain pada aksi kelayakan piala dunia ialah pada 17 Mei 1973.

Perlawanan antara pasukan negara menentang Hong Kong ketika itu, menyaksikan Malaysia tewas 0-1.

Walaupun era kegemilangan bola sepak Malaysia berada pada tahun 70an sehingga 80an. Namun malang, nasib pasukan Malaysia yang sering terkandas di pusingan kedua.

Kini, setelah hampir 50 tahun menanti peluang, Harimau Malaya di bawah pimpinan jurulatih Kim Pan-gon dilihat mampu memberi sinar cahaya kepada pasukan kebangsaan.

Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026

Aksi cemerlang anak buah Kim Pan-gon turut mengejutkan FIFA, apabila badan tertinggi bola sepak dunia itu menyenaraikan Malaysia sebagai pasukan under dog dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menang dua perlawanan bertutut-turut dalam aksi kumpulan D.

Namun, ianya tidak kekal lama apabila terpaksa akur dengan corak permainan Oman yang terlihat lebih kemas dan kebal dari sudut pertahanan.

Walaupun begitu Malaysia masih mempunyai peluang untuk mara. Namun perlu menang kesemua baki perlawanan. Ini kerana hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja akan menerima slot ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi dan seterusnya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Kedudukan Terkini Kumpulan D

Selepas habis perlawanan keempat bagi kesemua pasukan kumpulan D, Malaysia kini berada di tangga ketiga di bawah pasukan Republik Kyrgyzstan dan Oman yang berkongsi 9 mata.

Dengan punggutan 6 mata selepas menang dua perlawanan dan kalah dua perlawanan, Malaysia perlu bekerja keras untuk memenangi baki dua perlawanan jika mahu meneruskan saingan di peringkat ketiga.

Carta kedudukan Malaysia dalam Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas Perlawanan 5 pada (6 Jun 2024):

  • CHINESE TAIPEI πŸ‡ΉπŸ‡Ό 0-3 πŸ‡΄πŸ‡² OMAN
  • REP. KYRGYZ πŸ‡°πŸ‡¬ 1-1 πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA

Selepas perlawanan kelima ini, Malaysia masih berada di tangga ketiga dengan 7 mata di bawah pasukan Republik Kyrgyzstan (10 mata) dan Oman (12 mata).

Carta kedudukan Malaysia dalam Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas Perlawanan 6 pada (11 Jun 2024):

  • CHINESE TAIPEI πŸ‡ΉπŸ‡Ό 1-3 πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA
  • REP. KYRGYZ πŸ‡°πŸ‡¬ 1- 1 πŸ‡΄πŸ‡² OMAN

Selepas perlawanan kelima ini, Malaysia masih berada di tangga ketiga dengan 10 mata di bawah pasukan Republik Kyrgyzstan (11 mata) dan Oman (13 mata).

Jadual Terkini dan Tarikh Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026

kelayakan piala dunia 2026 malaysia
  • Tarikh : 6/6/2024 Malaysia lwn Republik Kyrgyzstan (Stadium Spartak Kyrgyzstan)
  • Tarikh : 11/6/2024 Malaysia lwn Chinese Taipei (Stadium Bukit Jalil)

Senarai Pemain Malaysia

Selepas insiden disimba asid yang menimpa Faizal Halim baru-baru ini, sudah pastinya hasrat Malaysia untuk melihat aksi beliau meneruskan perjuangan bersama-sama pemain yang lain punah.

Dalam satu kenyataan media, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, Faisal dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan dan memberi tumpuan untuk memulihkan kecederaan yang beliau alami selepas disimbah asid.

Seorang lagi pemain kebangsaan Akyar Rashid yang turut terlibat dengan insiden malang, kes samun sehingga mengalami kecederaan di kepala diberitakan sudah sembuh dari kecederaan yang di alami.

Berikut adalah senarai 25 pemain yang akan mewakili pasukan kebangsaan Malaysia untuk Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 bertemu Republik Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun 2024 dan menerima kunjungan Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024!

Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei

Siaran secara langsung Kelayakan Piala Dunia 2026 Malaysia vs Chinese Taipei pada ketetapan berikut:

TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026

Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan skuad HARIMAU MALAYA dlm aksi perlawanan ini dengan menghadirkan diri ke Program Tayangan Skrin Besar yang dibawakan khas oleh Jabatan Belia dan Sukan.

Tiket Perlawanan

Tiket perlawanan kelayakan piala dunia 2026 Malaysia vs Chinese Taipei pada 11 Jun 2026,boleh di dapati secara dalam talian di https://www.tickethotline.com.my/. Tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium atau mana-mana premis.

Bantu kami share artikel ini: