Kekosongan Jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang 2021

kekosongan jawatan guru kafa pulau pinang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KEKOSONGAN JAWATAN GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG

Yayasan Islam Pulau Pinang mempelawa individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan seperti berikut:

  • Jawatan: Guru KAFA Menengah Pulau Pinang
  • Taraf Jawatan: Kontrak (sambilan)
kekosongan jawatan guru kafa

Syarat Permohonan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
  • Berkelulusan : sekurang-kurangnya STAM atau diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf okeh kerajaan.

Cara Memohon Jawatan Guru KAFA

Permohonan hendaklah dihantar secara online mengikut cara yang dinyatakan pada iklan seperti di bawah:

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang ini.

2. Isi borang menggunakan huruf besar.

3. Setiap permohonan WAJIB disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :

  • Resume
  • Sijil-sijil peperiksaan dan akademik
  • Kad pengenalan
  • Gambar berukuran pasport

4. Permohonan yang lewat / tidak menepati syarat / tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

5. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021 (Khamis) jam 5.00 petang.

Bagi pemohon yang berminat untuk mengetahui tawaran gaji dan faedah yang ditawarkan, SILA RUJUK IKLAN DI BAWAH:

kekosongan jawatan guru kafa

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Borang Permohonan

Sila isikan borang permohonan melalui pautan Google Form di bawah:

https://bit.ly/gurukafamenengahyipp

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021

NOTA :

Permohonan yang lewat / tidak mencukupi syarat / tidak lengkap akan ditolak dan tidak dipanggil untuk temuduga.

Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

Baca juga: TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)

Maklumat Lanjut Kekosongan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila rujuk iklan penuh di Facebook Yayasan Islam Pulau Pinang

Pautan Iklan : https://www.facebook.com/173344639469175/posts/2337023016434649/?d=n

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut