Katarak: Jenis, Punca & Kos Pembedahan

katarak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebahagian individu di Malaysia mengalami masalah Katarak yang mengakibatkan penglihatan mereka semakin kabur.

Jika ianya tidak dirawat dan dicegah, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi dan penyakit yang akan berlaku.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui jenis, punca dan rawatan melibatkan masalah ini.

Apa Itu Katarak?

Katarak ialah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil).

Dalam mata biasa, cahaya melalui kanta telus ke retina dan apabila ia mencapai retina, cahaya ditukar menjadi isyarat saraf yang dihantar ke otak.

Kanta mestilah jelas untuk retina untuk menerima imej yang tepat (sharp) dan sekiranya kanta berkabus akibat katarak mata, imej yang dilihat akan kabur.

Kebanyakan masalah ini berkembang perlahan-lahan, dan berlaku dalam peringkat hidup yang kemudian, dan ia boleh menjejaskan aktiviti biasa seperti membaca, menonton TV dan memandu.

Jenis Katarak

Terdapat 3 jenis yang sering berlaku iaitu:

  • Korteks – kawasan legap di tepi luar kanta
  • Nuklear – kekeruhan di pusat kanta
  • Subkapsul – kawasan legap ke arah belakang kanta

Punca Katarak

Punca-punca paling biasa berlaku adalah penuaan disebabkan pengumpulan protein dalam kanta yang mula mengaburkan sebahagian kawasan kecil.

Namun, lama-kelamaan ianya boleh bertambah besar dan mengaburkan lebih banyak kawasan kanta, serta menyukarkan penglihatan.

Namun, ia juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

  • Kongenital – Bayi yang dilahirkan dengan atau mendapat masalah ini semasa kecil.
  • Radiasi – Berlaku selepas pendedahan kepada sesetengah jenis radiasi.
  • Sekunder – Selepas surgeri bagi masalah berkaitan mata yang lain seperti glaukoma, atau disebabkan isu kesihatan seperti diabetes, selain perubatan tertentu.
  • Trauma – Biasanya berlaku selepas kecederaan mata.

Komplikasi & Penyakit Berkaitan

Jika ianya tidak dirawat atau menjalani pembedahan, ia boleh memburukkan lagi penglihatan.

Komplikasi yang bakal dialami termasuklah:

  • Lelehan daripada mata
  • Mata semakin sakit dan merah
  • Tiba-tiba penglihatan kabur
  • Bengkak pada mata
  • Retina koyak, tertanggal, dan berdarah.

Kos Pembedahan Katarak

Kos pembedahan Katarak di Malaysia adalah seperti berikut:

i) Hospital Kerajaan

Dianggarkan RM100 hingga RM500 untuk setiap rawatan

ii) Columbia Asia

Harga yang ditawarkan bermula RM3500

iii) KPJ

Harga yang ditawarkan adalah RM3,600

iv) Sunway Specialist Centre

Harga yang ditawarkan adalah RM3,999

v) Gleneagles

Harga yang ditawarkan adalah RM3,799

Sumber: https://gleneagles.com.my/ms/medical-a-z/cataract

Baca juga: Kos Bersalin Hospital Kerajaan (Anggaran Harga Kelas dan Prosedur)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut