Karangan Penyakit Berjangkit: Isi Penting & Contoh Karangan

Isi penting dan contoh karangan berkaitan karangan penyakit berjangkit boleh dirujuk di bawah.

Murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan untuk menjawab soalan berkaitan tajuk ini.

Isi Penting Karangan Penyakit Berjangkit

1. Tidak Mengamalkan Pemakanan yang Seimbang

  • Pemakanan yang seimbang akan memberikan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita.
  • Antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan, dan sebagainya.
  • Menyebabkan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut.

2. Kurang Menjaga Kebersihan Diri dan Persekitaran

  • Menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
  • Persekitaran yang kotor akan menyebabkan seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
  • Amalan untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkan daripada djangkiti oleh penyakit.

3. Mengamalkan Hubungan SOsial

  • Contohnya, hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar.
  • Tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit.
  • Menggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS.

4. Kurang Kesedaran Daripada Masyarakat

  • Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini.
  • Ini akan menyebabkan mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus penyakit berjangkit.
  • Membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan.

Contoh Karangan Penyakit Berjangkit

i) PENDAHULUAN

Sebelum ini, dunia dilanda fenomena penyakit berjangkit yang kronik iaitu COVID-19. Namun, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidup yang sihat yang mengakibatkan penyakit berjangkit menular. Oleh sebab itu, masyarakat mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit apabila tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada terus dijangkiti penyakit berjangkit.

ii) ISI 1: TIDAK MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Ini kerana, pemakanan yang seimbang akan memberikan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan kita akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, “mencegah lebih balk daripada mengubati”.

iii) ISI 2: KURANG MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN

Selain itu, penyakit berjangkit juga menular kerana masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Ini akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Apabila persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contoh, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan dan kemudian makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, amalan untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkan daripada djangkiti oleh penyakit.

iv) ISI 3: MENGAMALKAN HUBUNGAN SOSIAL

Mengamalkan hubungan sosial secara bebas turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit. Contohnya, hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Ini juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, Iangkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat tidak dijangkiti penyakit berjangkit ini.

v) ISI 4: KURANG KESEDARAN DARIPADA MASYARAKAT

Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini. Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus penyakit berjangkit. Ini telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa tidak dapat dilaksanakan akibat sikap masyarakat yang dilihat mementingkan diri tersebut.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih efektif bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit seperti mengadakan kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah-langkah ini tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!