Kanser usus adalah kanser kedua yang kerap berlaku pada rakyat Malaysia. Bahkan data menunjukkan bahawa 1 dari 55 lelaki dan 1 dari 76 perempuan berisiko untuk mendapatkan kanser ini.
Namun, kanser boleh dicegah dan dirawat dengan berkesan jika ia dikesan di peringkat awal lagi.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan kanser usus dari segi jenis kanser, simptom, dan rawatannya yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu kanser usus?
Kanser usus juga dikenali sebagai kanser kolon yang bermula di usus besar (kolon) atau rektum (hujung kolon).
Kanser ini kedua yang paling biasa berlaku di Malaysia dan menjadi punca utama ketiga kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Peringkat kanser usus
Kanser usus mempunyai beberapa peringkat. Berikut adalah penjelasan lengkap kanser usus:
- Peringkat 0: Kanser hanya pada lapisan paling dalam lapisan usus
- Peringkat I: Kanser berada di lapisan dalam kolon
- Peringkat II: Kanser telah merebak melalui dinding otot kolon
- Peringkat III: Kanser telah merebak ke nodus limfa
- Peringkat IV: Kanser merebak ke organ lain, seperti hati atau paru-paru
Cara diagnos kanser
Diagnosis awal boleh dilakukan dengan melakukan ujian saringan sebelum gejala kanser ini berkembang.
Ujian yang dimaksudkan ini adalah ujian saringan najis yang tidak normal dan kolonoskopi bagi melihat keseluruhan kesihatan usus.
Selain itu, ujian darah juga perku dilakukan untuk mereka yang mengalami kanser usus ini termasuklah kiraan darah lengkap (CBC) untuk memeriksa anemia, dan ujian fungsi hati.
Jika anda disahkan menghidap kanser kolorektal, lebih banyak ujian akan dilakukan untuk melihat sama ada kanser telah merebak ataupun tidak.
Antaranya seperti imbasan CT atau MRI perut, kawasan pelvis atau dada. Kadangkala, imbasan PET juga ada digunakan.
Faktor penyebab kanser
Setakat hari ini, penyebab risiko kanser usus masih dikaji. Kanser mungkin disebabkan oleh mutasi genetik sama ada diwarisi atau diperolehi.
Walaupun mutasi ini tidak menjamin anda untuk mendapat kanser kolon, ia boleh meningkatkan peluang anda.
Sesetengah mutasi boleh menyebabkan sel abnormal terkumpul dalam lapisan kolon, membentuk polip.
Simptom kanser usus
Jika anda mendapat kanser 0 hingga II, biasanya simptom yang boleh didapatkan termasuklah seperti:
- Sembelit
- Cirit-birit
- Perubahan warna najis
- Perubahan dalam bentuk najis
- Darah dalam najis
- Pendarahan dari rektum
- Gas berlebihan
- Kekejangan perut
- Sakit perut
Gejala yang anda dapat juga boleh berlaku kurang serius. Sekiranya anda merasakan gejala berlaku lebih lama daripada satu atau dua minggu, anda perlulah segera berbincang dengan doktor anda.
Siapa yang beriko tinggi dapat kanser?
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser usus jika anda:
- Berumur 45 tahun ke atas
- Minum alkohol
- Hisap tembakau
- Berat badan berlebihan atau mempunyai masalah obesiti
- Keturunan Amerika Afrika atau Eropah Timur
- Makan banyak daging merah atau daging yang diproses
- Makan banyak daging merah atau daging yang diproses
- Makan diet rendah serat dan tinggi lemak
- Amalkan diet rendah buah-buahan dan sayur-sayuran
- Mempunyai polip kolorektal
- Mempunyai penyakit radang usus (penyakit Chohn atau kolitis ulseratif)
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser kolorektal
Rawatan yang boleh diambil
Antara rawatan yang boleh anda ambil bagi mengatasi malah kanser usus ini adalah seperti:
1. Kemoterapi
Kemoterapi melibat pengambilan ubat yang membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima hanya satu jenis ubat atau gabungan ubat.
Kebanyakan penghidap kanser kolon peringkat III, menerima kemoterapi selepas pembedahan selama 3 hingga 6 bulan. Ini dipanggil kemoterapi adjuvant.
Walaupun tumor telah dikeluarkan, kemoterapi diberikan untuk merawat sebarang sel kanser yang mungkin kekal.
Kemoterapi boleh juga digunakan untuk memperbaiki gejala dan memanjangkan kelangsungan hidup pada orang dengan kanser kolon peringkat IV.
2. Pembedahan
Kanser usus peringkat 0 boleh dirawat dengan membuang tumor menggunakan pembedahan endoskopik (kolonoskopi).
Untuk kanser peringkat I, II, dan III, pembedahan yang lebih meluas diperlukan untuk membuang semua atau sebahagian daripada kolon dan rektum yang merupakan kanser. Pembedahan ini dipanggil sebagai reseksi kolon (kolektomi).
3. Sinaran radiasi
Terapi sinaran melibatkan penggunaan sinaran untuk membunuh sel-sel kanser. Manakala terapi radiasi juga sering digunakan dalam merawat kanser rektum.
4. Imunoterapi
Imunoterapi melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang meningkatkan keupayaan sistem imun anda sendiri untuk memusnahkan sel-sel kanser.
Walaupun begitu, imunoterapi mempunyai kesan sampingan yang berbeza daripada kemoterapi.
Dengan rawatan peringkat 0, I, II dan III kanser selalunya sembuh, walaupun peringkat kanser yang lebih tinggi berkemungkinna kecil untuk sembuh.
Dalam kebanyakkan kes kanser peringkat IV tidak boleh diubati, terdapat pengecualian, termasuk kadangkala tetapi apabila penyebaran kanser terhad kepada hati.
Dalam kata lain, untuk membolekan seseorang sembuh dari kanser, rawatan mesti menyingkirkan semua kanser. Tetapi ada kemungkinann kanser itu akan datang semula. Namun jika ini berlaku, kanser adalah lebih kecil daripada sebelumnya.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri dan lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan secara percuma jika anda antara golongan berisiko yang terdedah kepada kanser ini.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kanser usus dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Colon Cancer. Medscape