Kaedah Kajian: Maksud & Panduan

kaedah kajian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam membuat sesuatu kajian, antara perkara terpenting dalam sesebauh kajian adalah memilih kaedah kajian yang tepat.

Ini kerana, kaedah yang tepat adalah penting bagi memastikan objektif dan matlamat kajian tersebut dapat tercapai.

Maksud Kaedah Kajian

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kaedah kajian merupakan cara dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian.

Selain itu, ia juga dapat difahami sebagai cara suatu objektif atau matlamat sesebuah penyelidikan itu hendak dicapai.

Untuk mencapai objektif dan matlamat sesebuah penyelidikan, pengumpulan maklumat serta data perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik menerusi kaedah yang tepat.

Sumber Data

Kajian yang dijalankan bergantung kepada 2 sumber data yang diperoleh iaitu

  • Data primer
  • Data sekunder

Data Primer

Data primer bermaksud maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian dan antara kaedah mengumpul data primer ialah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan kajian arkib.

  • Soal selidik: Soal selidik merupakan kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpul sasaran. Pengkaji akan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada informan. Soalan-soalan yang diberikan mestilah tidak menyimpang jauh daripada persoalan kajian.
  • Temu bual: Temu bual merupakan salah satu kaedah yang amat penting untuk mendapatkan data. Ini kerana kaedah ini membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Kadang-kala, banyak maklumat tidak dapat diperoleh melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari seseorang. Oleh sebab itu, pengkaji perlu berhubung dengan informan secara bersemuka untuk mendapatkan jawapan.
  • Pemerhatian: Pemerhatian merupakan satu contoh kaedah merekod maklumat yang dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Pemerhatian hendaklah dibuat secara saintifik iaitu secara tepat, sistematik dan objektif. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual.
  • Kajian arkib: Kaedah  ini  dijalankan  dengan  cara   merujuk  kepada  buku  teks, buku  rujukan  atau bahan-bahan bertulis lain di  perpustakaan  atau arkib untuk  mendapatkan  maklumat  tambahan.  Kaedah  ini  kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian.

Data Sekunder

Data sekunder merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini.

Dalam menjalankan kajian, pengkaji telah menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan iaitu melaui buku rujukan, laman sesawang, keratan akhbar atau kepustakaan.

  • Buku rujukan: Buku rujukan merupakan buku yang memberi maklumat umum dan berguna untuk orang awam serta berguna untuk rujukan yang cepat tetapi tidak begitu mendalam.
  • Laman sesawang: Laman sesawang merupakan intergrasi grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. Semua bahan berkenaan dapat diakses dengan hanya mengklik di hujung jari.
  • Keratan akhbar: Keratan akhbar membawa maksud bahagian yang dipotong daripada halaman surat khabar.
  • Kepustakaan: Kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk mendapat data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Ianya membolehkan pengumpulan data yang bersifat sekunder dapat dilakukan bagi menyokong dapatan kajian. Fungsinya adalah bagi memberikan gambaran permulaan dan hala tuju kajian pengkaji.

Contoh Penulisan

Untuk penulisan, antara contoh yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kaedah untuk melaksanakan kajian, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=pht-iCxhWDQ.

Baca juga: Objektif Kajian: Maksud & Panduan Penulisan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut