JPJeBID Mobile – Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi

JPJeBID Mobile - Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

JPJeBID Mobile – Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan aplikasi baru yang direka khusus untuk memudahkan pengguna membida nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian, iaitu JPJeBID Mobile. 

Aplikasi ini telah dilancarkan secara ujian rintis pada 18 Februari 2025. Sebelum ini, JPJeBID hanya boleh diakses melalui laman web. Kini, ia boleh dimuat turun dan digunakan dengan mudah. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai JPJeBID Mobile.  

BACA JUGA: MyJPJ: Cara Tukar Lesen P Ke Lesen Penuh (CDL) Online JPJ

Apa Itu JPJeBID Mobile?

JPJeBID Mobile adalah sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh JPJ untuk membolehkan pengguna membida nombor pendaftaran kenderaan melalui telefon pintar. 

Aplikasi ini merupakan lanjutan daripada sistem JPJeBID yang diperkenalkan pada 15 April 2019 melalui portal mySIKAP. 

Sebelum ini, pengguna perlu melayari laman web rasmi JPJeBID untuk mengikuti proses bidaan.

Kini, dengan pelancaran JPJeBID Mobile, proses ini menjadi lebih mudah, cepat dan boleh diakses di mana sahaja selagi anda mempunyai sambungan internet.

JPJeBID Mobile - Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, aplikasi ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin bergantung kepada teknologi mudah alih. 

JPJeBID Mobile - Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi

Dengan JPJeBID Mobile, pengguna tidak lagi terikat kepada komputer atau laptop.

Hanya muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store dan anda boleh mula membida nombor plat kegemaran dalam beberapa klik sahaja.

BACA JUGA: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025

Ciri-ciri Utama

Aplikasi JPJeBid Mobile dilengkapi dengan beberapa fungsi baharu yang menjadikannya lebih mesra pengguna. Antara ciri-cirinya: 

1. Antara Muka Mesra Pengguna

Aplikasi ini direka dengan antara muka yang intuitif untuk menjadikan proses bidaan lebih mudah diakses.

2. Navigasi Dipertingkat

JPJeBID Mobile dapat meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) agar lebih mudah digunakan dan mudah difahami. 

3. Sistem Notifikasi Ditambah Baik

Aplikasi ini menawarkan pengemaskinian notifikasi bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat maklumat terkini.

4. Paparan Siri Akan Datang

Terdapat menu baharu yang memaparkan siri-siri akan datang bagi menggantikan sistem notifikasi emel mingguan sebelum ini.

5. Ciri-ciri Personalisasi

Pengguna boleh mengemas kini profil dengan memuat naik gambar, melihat status semasa bidaan dan mengurus akaun mereka dengan lebih berkesan.

NOTA: JPJ juga sedang menjalankan kaji selidik dalam talian bermula 18 Februari 2025 untuk mendapatkan maklum balas pengguna bagi tujuan penambahbaikan aplikasi ini. 

Ini menunjukkan bahawa aplikasi mungkin akan mengalami perubahan dan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pengguna.

JPJeBID Mobile - Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi

Cara Muat Turun & Daftar JPJeBID Mobile

Rujuk langkah-langkah untuk muat turun dan mendaftar JPJeBID Mobile di bawah:

1. Muat Turun Aplikasi

Untuk mendafatr dan menggunakan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu. Anda boleh memuat turun aplikasi JPJeBID Mobile melalui platform berikut:

2. Pilih “Daftar Baru”
Setelah membuka aplikasi, klik pada pilihan “Daftar Baru” di skrin utama. Anda akan diminta memilih kategori pengguna, seperti individu atau syarikat.

JPJeBID Mobile - Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi


2. Isi No Kad Pengenalan & Captcha
Isikan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan captcha yang disediakan. Klik “Semak” untuk meneruskan.

3. Lengkapkan Profil
Seterusnya, isi butiran seperti nama penuh, alamat e-mel, dan nombor telefon. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan digunakan untuk pengesahan akaun.

4. Setuju dengan Terma dan Syarat
Tandakan kotak persetujuan selepas membaca terma dan syarat penggunaan. Kemudian, klik “Daftar”.

5. Sahkan Akaun melalui Emel
Selepas pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan daripada JPJeBID Support. Klik pautan pengesahan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda. Jika anda tidak mengesahkan dalam tempoh yang ditetapkan, pendaftaran anda akan dibatalkan dan anda perlu mendaftar semula.

6. Log Masuk
Kembali ke aplikasi, masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah anda tetapkan, kemudian tekan “Log Masuk”. 

Cara Membida Nombor Pendaftaran di JPJeBID Mobile

Setelah akaun anda aktif, anda boleh mula membida nombor pendaftaran kenderaan idaman anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak Jadual Nombor Siri Terbaru
Di skrin utama aplikasi, anda akan melihat senarai nombor siri yang sedang dibuka untuk bidaan. Maklumat ini dikemas kini secara berkala oleh JPJ.

2. Cari Nombor Pilihan Anda
Klik pada “Cari Nombor” dan masukkan nombor plat yang anda inginkan. Hasil carian akan memaparkan status nombor tersebut, sama ada ia tersedia untuk dibida atau sudah diambil.

3. Lihat Maklumat Bidaan
Jika nombor yang anda inginkan tersedia, klik “Lagi” untuk melihat butiran seperti harga bidaan asas, tarikh tutup bidaan dan caj perkhidmatan.

4. Mulakan Bidaan
Tekan “Bida” dan masukkan jumlah bidaan anda. Pastikan anda membaca notis caj perkhidmatan yang perlu dibayar sebelum bidaan bermula. Klik “Teruskan” selepas bersetuju dengan terma.

5. Buat Pembayaran
Anda akan diarahkan untuk membayar caj perkhidmatan melalui saluran pembayaran dalam talian yang disokong seperti kad kredit, kad debit, atau perbankan internet. Pastikan transaksi selesai dalam tempoh yang ditetapkan.

6. Tunggu Keputusan
Setelah tempoh bidaan tamat, JPJ akan mengumumkan pemenang melalui aplikasi dan emel. Jika anda berjaya, anda perlu melengkapkan pembayaran bidaan penuh dalam masa yang ditetapkan oleh JPJ.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi JPJeBID atau ikuti Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut