Jadual Peperiksaan STPM 2023 Semester 2 (5-12 September)

Jadual Peperiksaan STPM 2023 Semester 2 (5-12 September 2023)

Selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Semester 2 STPM 2023

Berikut dikongsikan jadual peperiksaan bertulis STPM 2023 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di laman web tersebut.

Jadual STPM 2023


Nota:

1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada Semester 1. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh mendaftar pada semester 1 atau semester 2.

3.
(a) Calon STPM 2022 boleh memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan mendaftar STPM 2023 (Kaedah 1 atau Kaedah 2) sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis STPM 2023 secara sekaligus bagi Ulangan 1, Semester 3, dan Ulangan 2. (Sila rujuk kaedah baharu ini pada Perkara 5 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2023).
(b) Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2022 boleh memilih sama ada hendak melaksanakan atau tidak melaksanakan Kerja Kursus (KK) / kertas alternatif bertulis mengikut pilihan yang berikut:
(i) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK / kertas alternatif bertulis tahun memperbaiki keputusan. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM untuk kali kedua atau lebih.
(ii) Jika calon memilih untuk melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah KK / kertas alternatif bertulis STPM tersebut. (Sila rujuk pada Perkara 4 dan Perkara 5 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2023).

4. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas, calon dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK, maka calon dikehendaki melaksanakan KK (Sila rujuk pada Perkara 4.6 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2023).

5. Panduan Umum Pengurusan dan Pengendalian KK, Kalendar KK, dan bahan KK mengikut mata pelajaan boleh dirujuk di portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

6. Permohonan semak semula keputusan dibuka selama 5 hari bermula dari tarikh keputusan peperiksaan Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 diumumkan.

7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665 atau e-mel ke [email protected] . MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: [email protected]

Jadual Peperiksaan STPM 2023 Semester 2 (5-12 September)

BILNAMA BORANG/DOKUMEN 
1Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2024 Lihat |  Muat Turun 
2Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
3Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
4Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
5Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
6Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2023 Lihat |  Muat Turun 
7Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2022 Lihat |  Muat Turun
8Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2022Lihat |  Muat Turun
9Jadual Waktu Peperiksaan JG Ulangan Semester 1 STPM 2022Lihat |  Muat Turun
10Jadual Waktu Peperiksaan JG Ulangan Semester 2 STPM 2022Lihat |  Muat Turun
11Jadual Waktu Peperiksaan JG Semester 3 STPM 2022Lihat |  Muat Turun
12Jadual Waktu Peperiksaan JG Semester 1 STPM 2023Lihat |  Muat Turun

Sumber: https://www.mpm.edu.my/

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui portal MPM 

Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my

jadual stpm 2023
keputusan stpm semakan jadual

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan melalui SMS

STPM<jarak>No.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai jam 11.00 pagi

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
[email protected]

Semoga berjaya.

Sumber:
Majlis Peperiksaan Malaysia

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023

Rayuan semak semula STPM 2023 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.

Pautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia :

keputusan stpm

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.

Bayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/

Semakan Keputusan Semak Semula

Keputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: