Advertisements

Isnin 28 November Cuti Umum – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim

Advertisements

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan cuti umum pada Isnin (28 November 2022).

Perkara tersebut dimaklumkan beliau dalam sidang media malam ini.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Anwar pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.

“Tetapi hari Isnin hari itu belum beres, maka hari ini sudah beres baru kita bawa ke Isnin minggu depan,” katanya.

Beliau juga menyatakan rasa syukur ekoran kenaikan nilai ringgit di pasaran Bursa Malaysia susulan pengumuman pelantikan Perdana Menteri serta Kerajaan Perpaduan hari ini oleh Istana Negara.

Sumber: Astro Awani

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang hari ini.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang hari ini.

Ujar beliau dalam sidang media hari ini, parlimen akan mula bersidang pada 19 Disember, dan usul pertama yang akan dibentangkan oleh kerajaan ialah usul Undi Percaya.

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3.5 / 5. Vote count: 8

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment