Ironman Malaysia Langkawi 2023: Kategori & Senarai Pemenang

Acara Ironman Malaysia Langkawi 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya dan penyertaan atlet dari dalam dan luar negara.

Acara Ironman ini merupakan acara terbesar sukan triathlon yang paling ditunggu-tunggu atlet dari Malaysia memandangkan ianya dilangsungkan di Langkawi.

Acara ini juga merupakan platform terbaik buat atlet tempatan mencatatkan rekod masa tertentu bagi melayakkan mereka ke kejohanan Ironman dunia di Hawaii.

Apa itu kejohanan Ironman?

sukan triathlon

Ironman Triathlon ialah salah satu daripada siri perlumbaan triatlon jarak jauh yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC), yang terdiri daripada 3 disiplin sukan berikut:

  • Berenang – 2.4 batu (3.9 km)
  • Berbasikal – 112 batu (180.2 km)
  • Maraton – 26.22 batu (42.2 km)

Setiap disiplin sukan mesti diselesaikan mengikut susunan di ataskan dengan jarak keseluruhan 140.6 batu (226.3 km).

Kebanyakan acara Ironman mempunyai had masa 16 atau 17 jam untuk melengkapkan perlumbaan, bergantung pada kursus, dengan perlumbaan biasanya bermula pada jam 7:00 pagi.

Promosi: Dapatkan T-Shirt Ironman Malaysia

Ironman Malaysia Langkawi merupakan salah satu siri dalam kejohanan Ironman yang dianjurkan setiap tahun.

Selain Ironman, terdapat juga kategori Ironman 70.3 iaitu separuh Ironman di mana setiap atlet perlu menghabiskan separuh sahaja jarak yang perlu dilakukan berbanding kategori Ironman.

Artikel menarik: 1 Murid 1 Sukan: Modul Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah

Senarai Pemenang Ironman Malaysia Langkawi

ironman malaysia langkawi

Berikut merupakan senarai pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi acara Malaysia Langkawi edisi 2023:

Ironman

Pro Lelaki

  1. Toma Alexandru – 09:18:11
  2. Juan Antonio Gomez Gonzalez- 09:28:02
  3. Sang Whan Oh – 09:46:14

Pro Wanita

  1. Satowa Ota – 11:54:00
  2. Crystal Pei Qi Ng – 12:17:52
  3. Ruiiwen Xie -12:31:07

> Lihat senarai penuh di website Ironman Malaysia

Ironman 70.3

Pro Lelaki

  1. Josh Amberger (AUS) – 3:50:47
  2. Mike Phillips (NZL) – 3:52:23
  3. Kurt McDonald (AUS) – 3:54:33

Pro Wanita

  1. Ashleigh Gentle (AUS) – 4:10:17
  2. Amelia Watkinson (NZL) – 4:16:05
  3. Lottie Lucas (UAE) – 4:20:59

> Lihat senarai penuh di website Ironman 70.3 Malaysia

Acara Ironman Malaysia Langkawi ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh para atlet yang mengambil bahagian, tetapi juga penduduk setempat memandangkan acara ini menarik ratusan pelancong dari dalam dan luar negara yang bagus untuk menaikkan ekonomi penduduk tempatan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!