1 Murid 1 Sukan: Modul Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah

Phak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM telah meelancarkan dasar “1 Murid 1 Sukan” bagi menggalakkan para pelajar terlibat secara terus dalam aktiviti sukan.

Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Apa Itu Dasar “1 Murid 1 Sukan”

Dasar “1 Murid 1Sukan” atau 1M 1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan”.

Artikel berkaitan: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”.

Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirka modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Promosi: Seluar sukan murah dan berkualiti untuk pelajar sekolah

Objektif

Dasar merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penyertaan murid dalam sesuatu bidang bermula di peringkat sekolah rendah. 

Selain itu, dasar ini diperkenalkan bagi membolehkan bakat dan potensi murid dikenal pasti.

Murid yang berbakat dan berpotensi akan berpeluang untuk dipilih mengikuti program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah di Sekolah Sukan Negeri atau Sekolah Sukan Malaysia bagi meneruskan kecemerlangan mereka dalam bidang sukan.

Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

  1. Meningkatkan kecergasan jasmani.Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.Memupuk perpaduan di antara kaum.
  2. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
  3. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
  4. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
  5. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Muat Turun Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) :

Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah

Bil.Perkara 
1BadmintonSekolah Rendah pdfMuat Turun (1.52 MB)
  Sekolah Menengah    pdfMuat Turun (1.74 MB)
Bola BalingSekolah Rendah   pdfMuat Turun (2.08 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (2.14 MB)
3Bola JaringSekolah Rendah   pdfMuat Turun (1.91 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (1.76 MB)
4Bola SepakSekolah Rendah   pdfMuat Turun (1.64 MB)
  Sekolah Menengah pdfMuat Turun (1.67 MB)
5Bola TamparSekolah Rendah pdfMuat Turun (1.55 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (1.67 MB)
6Bola KeranjangSekolah Rendah   pdfMuat Turun (1.54 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (1.63 MB)
7HokiSekolah Rendah   pdfMuat Turun (1.71 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (1.79 MB)
8OlahragaSekolah Rendah   pdfMuat Turun (1.18 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (212 KB)
9Ping PongSekolah Rendah pdfMuat Turun (1.72 MB)
  Sekolah Menengah   pdfMuat Turun (1.86 MB)
10Sepak TakrawSekolah Rendah pdfMuat Turun (1.56 MB)
  Sekolah Menengah pdfMuat Turun (1.49 MB)
Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah pdfMuat Turun (4.45 MB)
Buku Panduan 1Murid 1Sukan pdfMuat Turun (1.15 MB)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!