Ipar Adalah Maut : Sinopsis, Senarai Pelakon & Pengajaran

Ipar Adalah Maut
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Filem Ipar Adalah Maut yang diarahkan oleh pengarah terkenal Hanung Bramantyo membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.

Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.

Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Ipar Adalah Maut yang sedang trending ketika ini.  

Baca juga:

Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut

Ipar Adalah Maut

Ipar Adalah Maut adalah sebuah filem dari Indonesia yang diarahkan oleh Hanung Hanung Bramantyo dan dibintangi oleh Deva Mahenra sebagai Aris, Michelle Ziudith sebagai Nisa, dan Davina Karamoy sebagai Rani.

Filem ini diaptasi daripada kisah benar yang pernah viral di media sosial, TikTok yang dikongsikan oleh Elizasifaa.

Kisah bermula dengan pasangan suami Isteri, Aris dan Nisa, yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagian bersama anak perempuan mereka, Raya. Kehidupan mereka mual berubah apabila ibu Nisa meminta adik kandungnya, Rani, untuk tinggal bersama mereka.

Rani, yang merupakan seorang mahasiswa, pada mulanya menjaga jarak dengan Aris. Namun, lama-kelamaan, hubungan antara Aris dan Rani menjadi semakiin rapat, sehingga menimbulkan kecurigaan dalam diri Nisa.

Perubahan sikap Aris yang menjadi dingin dan acuh tak acuh terhadap Nisa membuatnya semakin curiga. Setelah melakukan penyelidikan, Nisa akhirnya mendapati bahawa suaminya telah berselingkuh dengan adik kandungnya sendiri, Rani.

Pengkhianatan ini menghancurkan rumah tangga mereka dan menimbulkan konflik yang mendalam dalam keluarga.

Filem ini mengangkat tema perselingkuhan dan pengkhianatan dalam keluarga, serta menggambarkan bagaimana kepercayaan dapat dihancurkan oleh orang terdekat.

TRAILER IPAR ADALAH MAUT – OFFICIAL

TRAILER IPAR ADALAH MAUT – MD PICTURES

Senarai Pelakon & Lagu Tema

Ipar Adalah Maut
WatakNama Pelakon
NisaMichelle Ziudith
ArisDeva Mahendra
RaniDavina Karamoy
RayaAlesha Fadillah
Asri (ibunya Nisa dan Rani)Dewi Irawan
MandaDevina Aureel
EstiAsri Welas
SeptiNyimas Ratu Safa
YanToby Amstrong
JefriAdam Farrel
UstadzRukman Rosadi
JunaerdiSusilo Nugroho
RohmahAditya Novika
TinMbok Tun
Robby (rakannya Iyan)Akbarry Noor
Rani mudaNayra Kanaya
SurgeonFredy Amin
GinekologAstri Nurdin

Senarai Lagu Tema

Tak Selalu Memiliki – Lyodra

Tak Pantas – Mytha Lestari

Tarikh Tayangan

Filem Ipar Adalah Maut mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 13 Jun 2024, manakala di Malaysia, Singapura dan Brunei, pada 20 Jun 2024.

Bagi yang berada di Malaysia, anda kini boleh tonton filem ini di platform penstriman Netflix mulai 8 November 2024.

Anugerah & Penghargaan

Ipar Adalah Maut
Kredit: IG @iparadalahmautmovie

Kredit: IG @iparadalahmautmovie

Kredit: IG @iparadalahmautmovie

Podcast Kisah Sebenar ‘Ipar Adalah Maut’

Filem Ipar Adalah Maut adalah kisah benar yang diceritakan oleh “Nisa” (bukan nama sebenar) kepada seorang influencer dari Indonesia, Eliza Sifaa.

Dalam podcast bersama Denny Sumargo dalam Curhat Bang, Eliza Sifaa menceritakan semula kisah tersebut dengan lebih terperinci untuk kita jadikan pengajaran.

Review Penonton Malaysia

Menjengah ke ruangan sosial media ketika ini, rata-rata banyak netizen yang membicarakan, mengulas, dan bahkan memberi komen peribadi tentang filem Ipar Adalah Maut.

Ada yang memberi komen positif dan mengambil pengajaran dari apa yang diceritakan, dan ada juga yang melemparkan komen negatif seolah-olah filem ini sengaja merendahkan martabat wanita. Bahkan ada juga yang menganggap penceritaan ini sekadar hiburan atau cerekarama di siang hari.

Masing-masing mempunyai pendapat peribadi yang perlu kita terima dengan lapang dada.

Namun berbalik kepada realiti, kita tidak boleh menyangkal perkara ini banyak berlaku dalam masyarakat kita sendiri. Ada netizen yang berpendapat filem ini “jijik” untuk diceritakan dan lebih berani lagi mereka mengatakan filem hollywood jauh lebih baik. Seolah-olah menggambarkan filem barat “suci” dari sebarang cacat cela, baik dari segi penceritaan, lakonan yang bermoral, dan teknikal.

Masyarakat perlu membuka mata seluas-luasnya. Apabila menonton filem yang mempunyai tema “berat” seperti ini, minda perlu sentiasa mencerna yang positif, bukanlah hanya memandang sisi negatif lalu membenci sehingga meletakkan sesebuah karya sebagai hiburan semata-mata.

Hakikatnya, kes-kes sumbang mahram melibatkan keluarga berlaku dan terus meningkat setiap tahun.

Ujian dalam perkahwinan juga bukanlah sekadar masalah ekonomi dan komunikasi semata-mata. Isu curang yang melibatkan orang ketiga juga boleh berlaku berpunca dari dalam rumah itu sendiri.

Bila masyarakat melemparkan perkataan “jijik” pada isu-isu seperti ini, biarlah “jijik” itu dilontarkan kepada individu yang tepat iaitu pelaku bukan mangsa. Berapa banyak anak yang menjadi mangsa sumbang mahram / rogol tetapi tidak membuat laporan kerana mungkin mereka takut disalahkan dan menjadi bahan umpatan ramai?

Cuba anda tanya pada diri sendiri, jika isu-isu kekeluargaan ini tidak diceritakan dalam bentuk karya filem/drama atau rancangan hiburan, adakah masyarakat kita “rajin” untuk mengkaji laporan-laporan atau membaca berita-berita seperti ini di akhbar atau kajian ilmiah dari pakar?

Justeru, kebaikan isu seperti ini diketengahkan kepada semua dalam bentuk hiburan kerana masyarakat lebih cenderung untuk menontonnya dan menyedarkan diri masing-masing tentang realiti kehidupan yang pelbagai rencam.

Pendapat ini, bukanlah untuk mengagung-agungkan karya filem Ipar Adalah Maut. Tetapi tidak rugi untuk kita ambil pengajaran untuk masa akan datang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.

Kredit: Sinar Harian Post

Kredit: Sinar Harian Post

Kredit: Sinar Harian Post

Kredit: Beautifulnara

Hukum Ipar – Duai Berlainan Jantina Tinggal Serumah

Status antara ipar-duai adalah  haram muaqqat iaitu haram untuk dinikahi  dalam tempoh waktu tertentu. Justeru, mereka perlu menjaga batas aurat, dan pergaulan antara satu sama lain bukanlah seperti mahram yang lain.

Bahkan mereka juga tidak boleh berdua-duaan apatah lagi bersentuhan kulit. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi SAW:

«إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ» فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْوَ؟ قَالَ: «الحَمْوُ المَوْتُ»

Maksudnya : Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda : Ipar adalah maut. – (Riwayat al-Bukhari, No. 5232 & Riwayat al-Muslim, No. 2172)

Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut)  dalam hadis tersebut ialah tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain.

Ringkasnya, hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah.

Tindakan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari berlakunya sebarang kerosakan yang lebih besar pada masa akan datang.

Walaupun begitu, adalah dibolehkan untuk ipar-duai  tumpang tidur bermalam yang  berasingan bilik  selagi  adanya mahram disisi ipar duai  dan aman daripada fitnah.  Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki. 

Pengajaran Filem ‘Ipar Adalah Maut’

Filem Ipar Adalah Maut yang dibintangi oleh Deva Mahendra, Davina Karamoy, dan Michelle Ziudith mengandungi beberapa pengajaran berharga yang boleh kita renungi.

Setiap pengajaran ini memberi perspektif mendalam tentang konflik keluarga dan kesan emosi negatif terhadap hubungan sesama ahli keluarga. Berikut adalah huraian lengkap tentang pengajaran yang dapat diperoleh daripada filem ini:

1. Hati-hati dengan Hubungan Keluarga

Filem ini mengingatkan kita bahawa hubungan kekeluargaan yang tidak diuruskan dengan baik boleh membawa konflik dan ketidakselesaan dalam keluarga. Perselisihan kecil yang tidak diselesaikan boleh membesar dan menimbulkan dendam, mengakibatkan pelbagai masalah yang sukar dikendalikan.

2. Kepentingan Komunikasi yang Terbuka

Banyak masalah dalam filem ini timbul akibat kurangnya komunikasi yang jujur dan terbuka antara ahli keluarga. Ia menunjukkan bahawa perbincangan yang telus dan keterbukaan untuk berkongsi perasaan serta masalah adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.

3. Jangan Mudah Terpedaya dengan Penampilan Luar

Filem ini memperlihatkan bahawa seseorang yang nampaknya baik di luar mungkin menyembunyikan niat atau perasaan negatif. Ini adalah peringatan bahawa kita tidak seharusnya menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Memahami seseorang lebih mendalam adalah penting untuk mengelakkan kesalahan dalam penilaian.

4. Bahaya Mengabaikan Perasaan Orang Lain

Salah satu tema dalam filem ini adalah bagaimana perasaan yang tidak dipedulikan boleh berubah menjadi bahaya. Apabila seseorang merasa diabaikan, ia boleh mencetuskan perasaan dendam dan marah yang berpotensi mengancam keselamatan keluarga. Oleh itu, penting untuk saling menghargai dan mengambil berat perasaan ahli keluarga.

5. Pentingnya Memohon Maaf dan Memaafkan

Filem ini menggarisbawahi pentingnya memohon maaf jika kita melakukan kesalahan dan belajar untuk memaafkan bagi menjaga keharmonian dalam hubungan keluarga. Kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi kesediaan untuk memaafkan boleh mencegah perpecahan dalam keluarga.

Secara keseluruhannya, Ipar Adalah Maut memberikan banyak pengajaran berharga tentang hubungan kekeluargaan dan pengurusan emosi. Ia mengajak kita untuk merenung kembali hubungan yang kita miliki dan memperbaiki kelemahan dalam berkomunikasi dan mempercayai satu sama lain.

Filem ini mengingatkan bahawa, dalam keluarga, setiap individu harus berusaha untuk menjaga keharmonian dan saling menghormati agar hubungan kekal utuh dan penuh kasih sayang.

Sumber:

  1. Irsyad Hukum Siri Ke-639 : Hukum Ipar-Duai Berlainan Jantina Tinggal Serumah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Instagram @iparadalahmautmovie

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut