Cara Install Font Jawi Pada Handphone, Laptop dan Komputer

Bagaimanakah caranya untuk install font Jawi pada handphone, laptop dan komputer anda?

Bagi yang biasanya menggunakan font atau tulisan jati pada handphone, laptop atau komputer, anda berkemungkinan besar untuk membaca tulisan Jawi tersebut kerana font tersebut tidak disokong di peranti anda.

Apabila sokongan tulisan Jawi tidak terdapat pada handphone, laptop atau komputer anda kebiasaannya anda hanya dipaparkan dengan tulisan pelik yang tidak boleh difahami.

Bagi yang tidak tahu anda sebenarnya boleh menambah tulisan Jawi pada peranti anda dan teruskan bacaan bagaimana caranya untuk install tulisan Jawi pada handphone, laptop atau komputer anda.

Cara Install Font Jawi Di Laptop / Komputer

Untuk sokongan tulisan Jawi di laptop atau komputer, anda boleh memuat turun perisikan Jawi UKM.

Cara tambah keyboard tulisan Jawi

Sebelum install font Jawi, anda perlulah memuat turun dahulu virtual keyboard bagi membolehkan anda menaip Jawi dengan mudah.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menambah sokongan keyboard tulisan Jawi pada laptop atau komputer anda:

  1. Muat turun perisiann Jawi UKM melalui Google Drive di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1YYSyVZmqkH6rw9zfI49CnjzgawuJs9Qa
  2. Extract fail tersebut
  3. Klik pada fail ‘setup.exe’ di dalam folder yang telah di extract tadi
  4. Ikut arahan yang diberi sehingga selesai

Untuk memastikan perisian tersebut telah dipasang dan sokongan tulisan Jati sudah ditambah pada laptop dan komputer anda, perhatian pada bahagian bawah kanan Desktop anda.

Jika terdapat pilihan “Jawi UKM 200 Keyboard” itu bermakna anda telah berjaya install keyboard tulisan Jawi pada komputer atau laptop anda.

Cara tambah font tulisan Jawi

Kemudian, anda perlu memuat turun font Jawi yang sesuai dan antara pilihan font yang ada adalah:

  1. Arabic Typesetting
  2. Jawi Uthman Taha
  3. Lateef
  4. Majalla

Font-font ini boleh dimuat turun melalui Google Drive di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1ClJBOEePY3yT9eXQFVH4Eg6SA6uvQ6JJ

Seterusnya, klik pada fail font yang telah dimuat turun tersebut dan klik pada butang Install untuk install font Jawi yang telah dimuat turun.

Cara guna keyboard tulisan Jawi

Setiap kali hendak menulis dengan tulisan Jawi, anda boleh menggunakan virtual keyboard yang disediakan melalui perisian Jawi UKM yang telah anda install tadi.

Klik pada bahagian bawah kanan Desktop anda, pada tulisan ENG (Merujuk kepada English) atau boleh menggunakan shortcut key ‘Win+SpaceBar’

Cara Guna Tulisan Jawi Di Handphone / Telefon Bimbit

Menariknya, untuk menggunakan tulisan Jawi di telefon pintar anda, anda tidak perlu memuat turun dan install apa-apa jenis perisian.

Apa yang anda perlu lakukan ada tukar tetapan di bahagian Settings telefon pintar anda.

Setiap model atau jenama telefon pintar mungkin sedikit berbeza dengan langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah tetap asanya tetaplah sama.

  1. Pilih “Settings”
  2. Klik pada “Keyboard & Input Method”
  3. Pada bahagian “Available Keyboard”, klik pada Gboard > Multilangual typing
  4. Pilih Languages
  5. Klik butang “Add Keyboard”
  6. Pilih Malay (Arabic) (Malaysia) *Gunakan fungsi carian untuk lebih mudah dan cepat
  7. Klik butang Done

Setiap kali anda hendak menggunakan keyboard tulisan Jawi, klik pada ikon/gambar Bumi pada keyboard anda.

Selamat mencuba!

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!