Bagi pembelajaran mengenai imbuhan, salah satu jenis imbuhan yang perlu diketahui oleh murid adalah imbuhan awalan.
Oleh itu, murid-murid mestilah menguasai pembelajaran ini menerusi nota dan latihan yang diberikan bagi menajamkan lagi pemahaman mereka.
Mengenai Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar dan imbuhan ini boleh wujud dalam kata nama terbitan, kata terbitan, dan kata adjektif terbitan.
Antara contoh imbuhan ini ialah pe(N)-, me(N)-, ter- dan sebagainya.
Jenis Imbuhan Awalan
Antara jenis imbuhan ini adalah seperti berikut:
- di-
- meN-
- peR-
- teR-
- beR-
- ke-
- peN-
- se-
Contoh Ayat
Contoh ayat bagi imbuhan ini adalah seperti berikut:
Jenis | Perkataan | Contoh Ayat |
di- | dilihat, dirotan | – Hashim dilihat sedang bersenam di taman permainan. – Kassim telah dirotan kerana ponteng sekolah semalam. |
meN- | menolong, membawa | – Adik suka menolong ibu di laman rumah. – Mazidah sedang membawa buku ke bilik guru. |
peR- | perburu, pertapa | – Perburu itu mengejar rusa di dalam hutan. – Hang Lekir pergi berguru dengan seorang pertapa di Gunung Ledang |
teR- | terpijak, tersepak | – Ayat mengerang kesakitan apabila terpijak duri petang tadi. – Adik tersepak batu yang menyebabkan kakinya bengkak. |
beR- | berbual, berlakon | – Amin sedang berbual dengan ayahnya di ruang tamu. – Pelakon hebat itu telah berlakon sebanyak 40 buah drama, |
ke- | kemudi, kehormat | – Kemudi perahu itu sudah patah. – Pak Cik Azman telah menjadi setiausaha kehormat persatuan itu. |
peN- | penyanyi, pemain | – Penyanyi itu sedang menyanyikan lagu kegemaran saya. – Pemain bola sepak itu telah berusia 35 tahun. |
se- | sebuah, sebiji | – Amin telah membuah sebuah kereta baharu. – Sebiji bola itu berharga RM100. |
Nota Ringkas
Nota ringkas bagi pembelajaran ini adalah seperti berikut:
Contoh Latihan
Contoh latihan yang boleh dilakukan oleh murid adalah seperti berikut:
Baca juga: Imbuhan Akhiran: Jenis, Contoh Ayat, Nota & Latihan