I-LINDUNG | KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2
Semua Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berpeluang membeli produk insurans dan takaful pada premium berpatutan daripada akaun 2.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung, dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta merta.
Tahukah anda apakah syarat dan manfaat i-Lindung? Jom baca lebih lanjut!
Apakah i-Lindung KWSP?
i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
CIRI-CIRI UTAMA:
- Proses yang lancar, tidak perlu pemeriksaan kesihatan
- Sebut harga serta-merta secara dalam talian sahaja
- Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk ditawarkan sebelum membuat pilihan
- Memaparkan maklumat yang terperinci secara keseluruhan
- Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua!
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pengguna i-Akaun (Ahli)
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP
Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan
- Perlindungan Hayat
- Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan i-Lindung KWSP
Buat masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.
Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT.
Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.
Harga Premium / Sumbangan
Premium / sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih.
Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.
Tarikh Bayaran
Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.
Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.
Cara Permohonan i-Lindung KWSP
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
- Klik pada tab i-Lindung
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT
- Lengkapkan maklumat di portal SIT
- Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP
- Penerimaan penyata maklumat dari SIT
Rujuk langkah-langkah yang dikongsikan di media sosial oleh Aida Mazlan :
Ada yang belum tahu sekarang anda boleh beli takaful dari kwsp melalui i lindung.
Cara nak beli:
- Login iakaun
- Klik tab ilindung
- Pilih produk
Produk yang dicover adalah kematian , Kecacatan kekal dan Penyakit kritikal
Ada beberapa syarikat yang anda boleh pilih
- Fwd
- Etiqa
- Prudential
*pastikan bagi muslim, pilih produk takaful.Untuk produk agak straight foward. Berbeza jumlah pampasan sahaja. DW suggest pilih paling tinggi pampasan.
atau sesuai dengan budget anda.
Bayaran secara tahunan dari akaun 2
Untuk critical illness:
- FWD tawarkan early Ci coverage maksima 100K
- Prudential tawarkan 45 Critical illness termasuk pampasan penyakit dangue rm500
- Etiqa tawarkan maksima 50K penyakit kritikal
Harga mengikut umur, jantina, merokok atau tidak.
jenis takaful ini ialah jenis standalone. tiada investment atau simpanan.
Dah ada semua ni sekurangnya anda kena cover dah, jangan lupa declare sakit anda jika pernah sakit.
Bagi yang sihat cecepatlah apply.
Lepas ada semua ni tinggal anda ambil sendiri tambahan sahaja dan medikal kad.
Maklumat Lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung