HUAWEI Nova 13 Series : Varian, Spesikasi dan Harga

HUAWEI Nova 13 Series
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

HUAWEI Nova 13 Series: Gabungan Gaya, Inovasi & Prestasi Berkelas

HUAWEI terus memperkukuh dominasinya dengan pasaran telefon pintar dengan pelancaran siri HUAWEI Nova 13 yang menawarkan reka bentuk bergaya, spesifikasi berkuasa, dan teknologi kamera terkini.

Siri ini hadir dengan tiga model utama HUAWEI Nova 13, Nova 13 Pro, dan Nova 13i, setiap satu direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, dari pencinta fotografi hingga mereka yang mahukan peranti harian yang lancar dan efisien.

Dalam artikel ini, kita akan mengupas secara terperinci mengenai varian dan pilihan warna, spesifikasi setiap model, serta harga rasmi bagi pasaran Malaysia.

HUAWEI Nova 13 Series

Spesifikasi HUAWEI Nova 13 Series

Huawei telah melancarkan siri Nova 13 atau HUAWEI Nova 13 Seris di Malaysia, yang terdiri daripada tiga model iaitu Nova 13, Nova 13 Pro, dan Nova 13i. Berikut adalah perincian bagi setiap model.

HUAWEI Nova 13

HUAWEI Nova 13 Series
  • Reka Bentuk: Menampilkan reka bentuk tekstur kotak-kotak dinamik yang unik, memberikan penampilan yang berani dan unik.
  • Skrin: Dilengkapi dengan skrin rata OLED FHD+ berukuran 6.7 inci yang menyokong 1 bilion warna, HDR, dan kadar segar semula 120Hz.
  • Kamera: Dwi-kamera 50MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.2) ultra-lebar berserta kamera swafoto 60MP (f/2.4).
  • Bateri: Bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo, yang mampu mengecas dari 3% hingga 50% dalam masa 10 minit.
  • Memori: 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

HUAWEI Nova 13 Pro

HUAWEI Nova 13 Series
  • Reka Bentuk: Serupa dengan Nova 13, menampilkan reka bentuk tekstur kotak-kotak dinamik.
  • Skrin: Skrin rata OLED FHD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz.
  • Kamera: Dwi-kamera 50MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.2) ultra-lebar berserta kamera swafoto 60MP (f/2.4) digunakan pada peranti Nova 13
  • Bateri: Bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.
  • Memori: 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

HUAWEI Nova 13i

  • Reka Bentuk: Reka bentuk yang lebih asas berbanding model lain dalam siri ini.
  • Skrin: Skrin 6.7” Ultra-Narrow Bezel AOD Display
  • Kamera: Kamera 108 MP High-Res Photography
  • Bateri: Bateri berkapasiti 5000mAh engan sokongan pengecasan pantas 40W.
  • Memori: 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Baca juga: Huawei MatePad Pro 12.2 Malaysia: Varian, Spesifikasi dan Harga

Varian & Pilihan Warna

Model dari HUAWEI Nova 13 Series hadir dengan pilihan warna seperti Loden Green, White, dan Black.

Ia juga mempunyai beberapa jenis pilihan varian memori seperti memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan 12GB RAM, storan dalaman 512GB.

Harga HUAWEI Nova 13 Series di Malaysia

HUAWEI Nova 13 Series hadir dalam beberapa spesfikasi harga mengikut model yang ditawarkan. Yang paling murah, adalah HUAWEI Nova 13i (RM1,299), HUAWEI Nova 13 (RM1,799), dan HUAWEI Nova 13 Pro (RM2,399)

Beli HUAWEI Nova 13 Series

Anda boleh dapatkan harga diskaun, pelbagai hadiah percuma yang menarik sehingga RM948 termasuk (HUAWEI FreeBuds 5i), dan pelan eksklusif AppGallery, dengan membeli HUAWEI Nova 13 Series di sini : HUAWEI MALAYSIA

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut