Advertisements

Dividen Tabung Haji 2021: Semakan Hibah TH 3.1% Bagi Tahun 2020

Advertisements

HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI 2021: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Dalam kenyataan yang diumumkan pada 2 Mac itu, dinyatakan bahawa keuntungan ini lebih baik berbanding 3.05% pada 2019 yang lalu.

Agihan keuntungan bagi tahun 2020 tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Prestasi Kewangan TH Kekal Positif

Berhubung prestasi TH 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata jumlah deposit di TH mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021.

Ia merupakan paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.”

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” tambahnya.

Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji

Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.

“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.

dividen tabung haji 2021

Cara Pengiraan

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Semakan Hibah (Dividen) Tabung Haji Bermula 3 Mac 2021

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara bermula pukul 8 malam ini hingga pukul 12 tengah hari pada 3 Mac bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari esok.

Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI. 
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

NOTA:

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Maklumat Lanjut

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

Leave a Comment