Hari Belia Negara 2025: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri

hari belia negara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Hari Belia Negara 2025 kini kembali lagi! Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

Hari Belia Negara 2025

Sambutan Hari Belia Negara disambut setiap tahun pada 15 Mei sebagai pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia dalam pembangunan negara.

HBN adalah pengiktirafan dan penghargaan khusus diberikan kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.

Untuk pengetahuan, sambutan hari untuk beliau ini yang pertama dilaksanakan pada tahun 1964 telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejak itu, sambutan hari tersebut telah diadakan setiap tahun dengan pelbagai pengisian program dan aktiviti di seluruh negar

Siapakah Golongan Belia & Had Umur Yang Ditetapkan Di Malaysia

Buat masa ini, di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersepakat mendefinisikan umur belia adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) diperkenalkan

Namun, tahukah anda bahawa had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Penurunan had umur berkenaan sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.

Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun.

Tarikh & Tema Sambutan Hari Belia Negara 2025

Untuk tahun 2025, sambutan di peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 13-15 Mei 2025 dengan mengangkat tema “Yakin Boleh”.

Sambutan di peringkat negeri pula telah berjalan serentak di seluruh negara di negeri dan daerah dalam tempoh tersebut.

SENARAI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI 2025

PERLIS
UniMAP Kampus Uniciti Alam
Sungai Chuchuh, Padang Besar
16–17 Mei 2025

KEDAH
Star Walk, Alor Setar
16–17 Mei 2025

PULAU PINANG
Hin Bus Depot
George Town
17–18 Mei 2025

PERAK
Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Perak, Ipoh
17–18 Mei 2025

WP KUALA LUMPUR
Lanai MaTIC, Jalan Ampang
17–18 Mei 2025

SELANGOR
KSL Esplanade Mall
Klang
17–18 Mei 2025

NEGERI SEMBILAN
Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Sembilan, Paroi
17–18 Mei 2025

MELAKA
Taman Rekreasi Bukit Serindit
16–17 Mei 2025

JOHOR
Toppen Shopping Centre
Johor Bahru
23–25 Mei 2025

PAHANG
Wisma Belia Kuantan
16–18 Mei 2025

KELANTAN
Stadium Sultan Muhammad IV
Kota Bharu
14–17 Mei 2025

TERENGGANU
Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
22–24 Mei 2025

SABAH
Kompleks Sukan Kota Kinabalu
17–18 Mei 2025

SARAWAK
Serian Conference Centre
Serian
16–17 Mei 2025

WP LABUAN
Ujana Kewangan
17–18 Mei 2025

Senarai Aktiviti & Acara Hari Belia Negara 2025 – Peringkat Kebangsaan

Antara aktiviti pengisian termasuk Konvensyen Belia Kebangsaan, Ikrar Belia Malaysia dan pelbagai aktiviti lain.

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan

Hari Belia Negara Peringkat Negeri

Hari belia ini juga dilangsungkan di peringkat negeri seperti:

KEDAH

hari belia negara 2025

PERAK

hari belia negara 2025

SELANGOR

hari belia negara 2025

MELAKA

hari belia negara 2025

PULAU PINANG

hari belia negara 2025

KELANTAN

hari belia negara 2025

WILAYAH PERSEKUTUAN

hari belia negara 2025

WP LABUAN

hari belia negara 2025

PERLIS

Baca juga: LIMA 2025: Jadual Pameran, Tarikh Acara, Pembelian Tiket

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Hari Belia Negara, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut