Harga Siling Baru Ayam & Telur Berkuatkuasa 12 Oktober 2022

PENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022

Pada 24 Jun lepas Kerajaan mengumumkan keputusan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.

Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur sebelum ini dikuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

Pada 28 Ogos 2022, Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 / Kg.

Berikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.

Harga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)

PENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.

I) AYAM

Kabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Harga Di Sarawak / Sabah

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Sila rujuk jadual KPDNHEP di atas untuk rujukan.

Perbezaan Ayam Standard & Ayam Super

Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)

Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).

harga ayam telur

Cara Buat Aduan Harga Barang

Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.

harga telur ayam

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut.

Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.

Tahukah anda jenis telur ayam yang dikawal harganya di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam?

Sila rujuk infografik di bawah:

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp 

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!