Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Ambilan 2024

Permohonan bagi penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) telah dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini terbuka kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat SARJANA atau KEDOKTORAN (Ph.D)

Tarikh permohonan:
23 Mei 2023 hingga 23 Jun 2023

Apa Itu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?

Secara ringkasnya, Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk Gred 41 dan ke atas.

Kumpulan Fokus

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan telah diwar-warkan dalam SENARAI BIDANG PROGRAM HLP, JPA PERKHIDMATAN GUNASAMA seperti berikut: HLP2024 – BIDANG YANG DITAWARKAN

Syarat Kelayakan

Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim perkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Psikologi dan Guru Bahasa (INTAN).

SYARAT-SYARAT UMUM

Calon-calon yang ingin memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah bagi membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.

  1. Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan);
  2. telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2023;
  3. mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  4. pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari 2024;
  5. tempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari 2023 adalah seperti berikut:
    • Ijazah Sarjana – 8 tahun ke atas
    • Ijazah Kedoktoran – 9 tahun ke atas
  6. mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
    • Tempoh kursus lebih daripada 12 bulan – tempoh menunggu 2 tahun
    • Tempoh kursus lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan – tempoh menunggu 1 tahun
  7. permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan / Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing;
  8. bebas daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib / dakwaan mahkamah;
  9. tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
  10. telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini; dan
  11. bebas daripada sebarang penyakit kronik (senarai penyakit kronik adalah seperti di Lampiran 1);

*Ahli keluarga pemohon yang dibawa bersama (pengajian luar negara) perlu bebas daripada sebarang penyakit kronik. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama (pengajian luar negara) menghidap penyakit kronik seperti di Lampiran 1, penawaran HLP pegawai akan dibatalkan.

Cara Memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Ambilan 2024

Sukacita Jabatan ini mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa. 

Permohonan secaradalam talian dibuka mulai 23 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023. 

Notis Iklan

Lampiran A – Syarat- Syarat Permohonan

Lampiran B – Tatacara Permohonan

Lampiran 1 – Senarai Penyakit Kronik

Lampiran 2 – Senarai Bidang Pengajian

Lampiran 3 – Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian

Lampiran 4 – Panduan Menulis Penyataan Ringkas Berhubung Sumbangan Pegawai Kepada Organisasi

Lampiran 5 – Panduan Penyusunan Dokumen Permohonan

Borang PPSM (Lampiran B- JPA(L)LDP 1A96)

Sila klik di sini untuk memohon

Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Unit Biasiswa,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Nur Farhana binti Baharuddin / Cik Aimuni binti Che Mansor / Cik Nor Azlinda binti Azahar / Encik Wan Saleadzan Adlizan bin Wan Sharbini / Siti Shamimi binti Sadri)
No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 5011 / 03-8870 6338 / 03-8870 4950 / 03- 8870 6361 / 03-8870 6373 / 03-8870 6000 samb.
Faks : 03-8870 6839
E-mel : [email protected]
Untuk masalah teknikal permohonan, sila hubungi :
No. Telefon : 03-8870 6319 / 03-8870 6317

Klik pautan di bawah untuk download:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!