Penjawat awam yang menunggu gaji Mei 2024 mereka bakal menerima gaji mereka pada tarikh yang ditetapkan.
Tarikh pembayaran gaji tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Mengenai e-Penyata Gaji
Penjawat awam yang ingin mendapatkan penyata gaji mereka boleh mendapatkannya melalui sistem e-Penyata Gaji.
Sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.
Sistem ini hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
- 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
- 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.
Tarikh Bayaran Gaji Mei 2024
Untuk jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.
Untuk bayaran gaji Mei 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 24 Mei 2024 iaitu pada hari Jumaat.
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 24.01.2024 | Rabu | Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis) |
Februari | 23.02.2024 | Jumaat | Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad) |
Mac | 25.03.2024 | Isnin | – |
April | 25.04.2024 | Khamis | Hari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) |
Mei | 24.05.2024 | Jumaat | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 13.06.2024 | Khamis | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) |
Julai | 19.07.2024 | Jumaat | – |
Ogos | 23.08.2024 | Jumaat | – |
September | 25.09.2024 | Rabu | – |
Oktober | 24.10.2024 | Khamis | Hari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis) |
November | 25.11.2024 | Isnin | – |
Disember | 19.12.2024 | Khamis | Hari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu) |
Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebelum ini penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.
Menurut beliau, peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
Sebelum ini, kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus.
Kenaikan gaji ini akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.
Baca juga: