Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi) : Semakan & Permohonan

Fleet Card Diesel (Diesel Bersubsidi) : Cara Mohon & Syarat Permohonan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan perutuan negara pada 21 Mei lalu mengumumkan bahawa kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel merangkumi pengguna di Semenanjung Malaysia.

@ecentral.my

Syarat mohon fleet card diesel untuk yang layak. Pastikan anda mematuhi semua syarat ni, baru lah senang sikit lulus. #fleetcard #subsididiesel #subsididieselbersasar #subsididitarik

♬ Drake style/HIPHOP beat(1491552) – Burning Man

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara memohon Fleet Card Diesel dan syarat-syarat khas yang perlu anda patuhi.

Baca juga:

Apa itu Fleet Card Diesel?

Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi boleh dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.

Dengan menggunakan kaedah Fleet Card Diesel, kerajaan mampu untuk mengesan individu yang layak untuk memakainya dan menghindari dari penjuaan diesel secara haram di kilang-kilang seperti yang berlaku hari ini.

Contoh fleet card keluaran Petronas

Jenis Kenderaan Yang Layak Terima Subsidi Diesel

Berikut adalah antara jenis kenderaan yang layak untuk menerima subsidi dengan menggunakan Fleet Card Diesel :

  • Lori rigit (curtain sider)
  • Lori katering makanan
  • Lori rigid (hasil pertanian)
  • Lori tangki rigid (minuman)
  • Lori rigid (kandang haiwan)
  • Semi (panel van)
  • Lori rigid (kombinasi)
  • Bas perkhidmatan bergerak
  • Lori rigid (open platform)
  • Van perkhidmatan bergerak
  • Bas katering makanan
  • Lori rigid (perkhidmatan bergerak)
  • Van katering makanan
  • Lori rigid (sampah)
  • Lori rigid (kargo am)
  • Lori rigid (luton/kotak)
  • Lori rigid (tangki air)
  • Lori rigid (refrigerated)
  • Lori rigid (tangki tepung)
  • Window van
  • Panel van
  • Lori rigid (minuman botol)
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Syarat Kelayakan Fleet Card Diesel

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.
  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
  • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
  • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
  • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
  • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
  • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
  • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web : mysubsidi.kpdnhep.gov.my

6. Permohonan tambahan kuota : Borang SKDS-1

Bagi anda yang ingin membuat permohonan tambahan kouta, Borang SKDS-1 ini perlu diisi dengan lengkap dan kemudian hantarkan kepada alamat di bawah ini:

Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Cara Memohon Fleet Card Diesel

Bagi pemohon baru, anda boleh memohon kelulusan pembelian diesel bersubsidi menggunakan “Multiple Fleetcard“.

Manakala kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dilakukan secara online oleh syarikat/individu melalui laman web berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Anda akan menerima Surat Kelulusan dari KPDN dan anda boleh mendapatkan fleetcard dari syarikat minyak yang telah dipilih.

@ecentral.my

Replying to @YR Dah mohon fleet card diesel, tapi tak dapat lagi? Isi je diesel macam biasa dan simpan resit pembelian tu. Nanti senang nak claim balik. #fleetcard #subsididiesel #subsididieselbersasar #subsidikerajaan

♬ Cars Machine – Andri Irawan

Stesen Minyak Yang Terlibat

Dikatakan sebanyak 1 juta stok Fleet Card Diesel bakal tersedia di lima syarikat minyak bagi memenuhi  permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel adalah seperti berikut:  Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.

Fleet Card BHP
Fleet Card Diesel
Fleet card Caltex
Fleet Card Diesel
Fleet card Shell
Fleet Card Diesel
Fleet card Petron
Fleet Card Diesel
Fleet Card Petronas

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 atau Fleet Card Diesel anda boleh merujuk kepada Pusat Panggilan MySubsidi Diesel KPDN di talian :

  • Tel: 03-8882 6413
  • Tel: 03-8882 6758
  • Tel: 03-8882 6917

Menurut KPDN Laman Rasmi lagi, anda juga boleh terus menghubungi talian mana-mana syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel menggunakan pautan yang diberikan sekiranya mempunyai pertanyaan mengenainya :

  1. Petronas
  2. Shell
  3. Petron
  4. Caltex
  5. BHP

Rujuk : https://www.kpdn.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: