Fikry Ibrahim – Biodata Lengkap, Kerjaya & Isu Perkahwinan

Fikry Ibrahim
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Fikry Ibrahim merupakan antara selebriti lelaki yang dikenali dengan personaliti bersahaja dan bakat serba boleh dalam industri hiburan tanah air.

Bermula sebagai peserta program realiti lawak, beliau terus mengorak langkah sebagai pelakon, pengacara dan model yang mendapat tempat di hati peminat.

Walaupun sering tampil dengan imej positif, nama Fikry turut dikaitkan dengan beberapa isu termasuk gosip percintaan dan perkahwinan yang menjadi perhatian ramai.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Fikry Ibrahim.

Baca juga: Naim Daniel – Biodata, Kerjaya & Isu Amang Seksual

Latar Belakang

Fikry Ibrahim
NamaAhmad Fikry bin Ahmad Ibrahim
Nama PanggilanFikry Ibrahim
Tarikh Lahir16 April 1994
Tempat LahirJitra, Kedah
PendidikanDiploma Komunikasi Massa (Pengiklanan), UiTM
PekerjaanPelakon
Akaun Media SosialInstagram @fikryibrahim
TikTok @afikryaibrahim

Kehidupan Peribadi

Fikry Ibrahim merupakan sosok seorang anak yang sangat rapat dengan ibunya, Bibi Zaleha. Pengorbanan beliau berulang alik dari KL ke Kedah untuk menjaga ibunya yang diserang angin ahmar sejak tahun 2021 itu telah menyentuh hati ramai pihak.

Fikry telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Khalizah Alihan pada 12 Februari 2025. Majlis pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup, namun ia tersebar apabila jurusolek berkongsi beberapa foto memperlihatkan Fikry bersama Siti Khalizah.

Fikry Ibrahim

Kerjaya & Profesional

Filem:

TahunTajukWatak
2023RahsiaHamdan
2024Jadi Raya Tak Jadi
2024Takluk: Lahad DatuInspektor Saiful Zaini

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2017Cekelat Semanis HoneyAdamAstro Citra
2017Gitu-Gitu RayaFikryAstro Warna
2017Pok Ya Cong CodeiRasdanAstro Citra
2018Cekelat Tak Semanis HoneyAdamAstro Citra
2018Enam/6DanielAstro Citra
2019Cinta SesungguhnyaRazlanTV3
2019Cik Reen Encik Ngok Ngek RayaHarris ZakuanAstro Ria
2019Dato SArmanAstro First Ekslusif
2019Abang Tinted dan Handbag AjaibZakuanAstro Citra
2019TebusMikailAstro Citra
2020Janji JantanHassanAstro Citra
2021SelumbarAimanTV1
2022Biar Aku Jadi ImammuFitriTV1
2022Artis Pujaanku Mai BerayaZainTV3
2022Hantu Balik PagiAzmanAstro Citra
2023Gadis KOLFauzi/PoijeAstro Citra
2023Langit Tak MendengarNabilAstro Ria
2023Latah FighterAstro Warna

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2017Hero Seorang CinderellaNoah FarizzamAstro Ria
2017Kerna Syurga Bukan PercumaKhairul RhafeeqAstro Oasis
2018Rahsia Hati PerempuanMikaelAstro Ria
2018Cik Reen & Encik Ngok NgekHarris ZakuanAstro Ria
2018Cekelat HoneyAdam IskandarAstro Citra
2019Encik Iman EkspresEngku RazilAstro Ria
2019Kau Yang PertamaFarhanTV3
2019Rindu Yang TerlarangFariz (Faith)Astro Ria
2020The Bridge 2Zeckri IshakViu
2021AyahandaAzizTV3
2021Keluarga Baha Don (Musim 3)Booby Bs BachanViu
2021Dear CintaEmirTV3
2022Kerana Dia SukaIdhamTV3
2022Nusyuz Berkiblat CintaAdamAstro Ria
2022Impian LaraAndyAwesome TV
2022JesnitaZainalAstro Prima
2023Tanah Kubur (Musim 16)KamalAstro Oasis
2024Bercakap Dengan JunSamAstro Ria
2024Lara KasihKhairilTV3
2025DzikirAzharAstro Prima

Videografi:

  • Siti Nordiana, Angkara (2020)

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Lawak SoloPesertaAstro Warna
2017Super Spontan Superstar 2017PesertaAstro Warna
2017Padan MukaArtis JemputanAstro Warna
2017Selera Rasa SeksaArtis JemputanAstro Warna
2017Gema Gegar VaganzaPengacaraAstro Ria
2017The Kucin ShowArtis JemputanAstro Ria
2017CCTVArtis JemputanAstro Ria
2018Gema Gegar Vaganza 2PengacaraAstro Ria
2018HotspotPengacaraAstro Ria
2018Experience Ready Set ActionPengacaraAstro Ria
2018Seram SelebritiArtis JemputanAstro Prima
2018Solo YoloAstro Ria
2018MeleTOPArtis JemputanAstro Ria
2018I Can See Your Voice MalaysiaArtis Jemputanntv7
2018Oh My Family RayaArtis JemputanAstro Ria
2019MeleTOPArtis JemputanAstro Ria
2019Bintang Bersama Bintang FinalArtis JemputanTV3
2019Cinta Overhaul AidilfitriDr EmirAstro Warna
2019Arena Panggang Marah Marah SayangPesertaAstro Warna
2019Naura Shares (Musim 3)Artis JemputanAstro Ria
2019MeleTOPArtis JemputanAstro Ria
2019MeleTOPArtis JemputanAstro Ria
2020Senang Terhibur 2Artis JemputanTV3
2020Belaian Kasih 2PengacaraTV AlHijrah
2020Trek SelebritiArtis JemputanAstro Ria
2020Ratu HijabistaPengacaraAstro Prima
2020Punchline DACArtis JemputanAstro Warna
2020Mana BroPengacaraAstro Ria
2020Gegar Vaganza 7Artis JemputanAstro Ria
2020Jenaka Kampung Kalut (Musim 6)AryanTV3
2022Dewi Remaja 2022PengacaraAstro Ria
2024-kiniMelodiPengacaraTV3
2025Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke-39PengacaraTV3

Baca juga: Niezam Zaidi – Biodata, Kerjaya & Update Terkini

Isteri Fikry Ibrahim Failkan Penceraian?

Rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim menjadi perhatian selepas dilaporkan bahawa isterinya, Siti Khalizah Alihan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, permohonan tersebut dibuat atas alasan tiada persefahaman antara pasangan tersebut.

Namun begitu, Fikry tampil memberi penjelasan dalam satu siaran langsung program hiburan dan menafikan dakwaan bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak atau menuju ke arah perceraian.

Menurut pelakon drama bersiri Dzikir itu, isterinya telah hadir ke mahkamah pada hari Khamis untuk menarik semula permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Perkembangan ini nyata melegakan para peminat dan netizen, yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur serta mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Lebih menggembirakan, isteri Fikry, menerusi satu hantaran di akaun TikTok yang dipercayai miliknya, turut mengucapkan penghargaan kepada mereka yang menyokong dan mendoakan.

““Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulis Khalizah secara ringkas, disertai dengan gambar tangan mereka yang dipegang erat – simbolik ikatan kasih sayang yang masih utuh.

Meskipun hubungan selebriti sering menjadi sorotan, kenyataan daripada kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mereka untuk mempertahankan rumah tangga.

Baca juga: Sufian Suhaimi – Biodata, Perkahwinan & Lagu Terbaru

Pencapaian Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim pernah memenangi Tempat Ketiga dalam Lawak Solo 2026.

Beliau juga banyak dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij di Malaysia menerusi kerjaya lakonannya seperti Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Melodi Drama Sangat, dan Gempak Most Wanted.

Fakta Menarik Mengenai Fikry Ibrahim

  • Fikry Ibrahim pernah bekerja di kedai dobi selama setahun sebelum berkecimpung dalam dunia seni.
  • Walaupun Fikry lahir dari rancangan pencarian bakat komedi, kerjayanya lebih menyerlah sebagai pelakon dan memegang watak-watak hero dalam drama popular.
  • Beliau mempunyai pengikut seramai 1.1 juta orang di Instagram dan 354,600 ribu orang di TikTok.

Semoga Fikry dan Khalizah terus diberikan ketabahan, keharmonian dan kebahagiaan dalam melayari alam perkahwinan.

Apa jua cabaran yang datang, semoga ia menjadi penguat dan bukan pemusnah hubungan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut