LIVE Perlawanan Akhir FA Cup Final 2023: Man City vs Man United

[LANGSUNG] Emirates FA Cup Final 2023: Man City lwn Man United

Perlawanan akhir bagi tahun 2022/2023 ini merupakan perlawanan akhir yang penuh epik dan ditunggu-tunggu kerana kedua-dua kelab dari Manchester itu akan beraksi bersama buat kali pertama sepanjang Piala FA dipertandingan semenjak 1871.

Perlawanan akhir ini juga menemukan dua orang pengurus yang mempunyai pengaruh dan gaya permainan yang hampir sama.

Pastinya, antara yang akan mencuri perhatian semua-semua penyokong-penyokong bola sepak dunia tentang ketajaman bahagian penyudah kedua-dua pasukan ini seperti Erling Haaland dan Marcus Rashford.

Kedua-kedua pemain ini akan menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara Piala FA pada edisi ke-152 ini.

Selepas tersingkir tiga musim berturut-turut di separuh akhir, pasukan kendalian Pep Guardiola yang sedang memburu gelaran trebel, akhirnya menamatkan badi berkenaan setelah meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan divisyen dua, Sheffield United di Wembley.

Sementara itu, Manchester United yang telah berjaya melangkah ke final setelah bekerja keras dalam perlawanan berdepan Brighton & Hove Albion menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas 120 minit tanpa jaringan gol kedua-dua belah pihak.

Enam sepakan penalti berjaya disempurnakan kedua-dua pasukan, tetapi malang buat Brighton apabila sepakan penalti Solly March terbang melepasi palang dan ke arah penonton. Dan Victor Lindelof memastikan United layak ke final dengan sepakan penalti ketujuh sekaligus menyaksikan United mara dengan keputusan penalti 7-6.

LIVE Perlawanan Akhir FA Cup Final 2023: Man City vs Man United

Perlawanan Akhir Piala FA 2022/2023 : Manchester City vs Manchester United
Venue: Wembley, London
Hari: Sabtu, 3 Jun 2023
Kick-off: 9 malam (waktu Malaysia)
Siaran langsung / Live Streaming : Youtube The Emirates FA Cup, beIN SPORTS Asia, Stadium Astro & Astro Arena

Ikuti @EmiratesFACup di Twitter untuk highlights and update terkini perlawanan! https://twitter.com/emiratesfacup

SINAR Viewing Party @ Strand Mall (Final Piala FA 2022/2023)

Pasukan manakah yang bakal merangkul Piala FA 2022/2023 kali ini? Jom alami detik bersejarah ini bersama SINAR Viewing Party @ Strand Mall sempena Final Piala FA / FA Cup.

Temui personaliti SINAR @falyqhikyle @dinanadzir @putraanuar__

  • Strand Mall, Petaling Jaya
  • 3 Jun 2023 (Sabtu)
  • 9 Malam

P/s: 200 orang terawal akan dapat minuman percuma!

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!