ePangkat: Login Sistem Kenaikan Pangkat KPM Online

ePangkat KPM : URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD DARI GRED DG41/42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2023.

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan adalah dimohon untuk mengenal pasti Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan dan seterusnya memperakukan pegawai-pegawai tersebut untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP).

PerkaraTindakanTempoh Pelaksanaan
Semakan maklumat, pengemaskinian** dan permohonan calon melalui sistem ePangkat.PPD/ JPN/ Bahagian

Guru Besar Ex-PPPLD (Calon)
10 November 2023 (Jumaat)
hingga
10 Disember 2023 (Ahad)
Semakan dan perakuan oleh PPD/ JPN/ Bahagian.
(Peringkat PGB/ KJ)
PPD/ JPN/ Bahagian11 Disember 2023 (Isnin)
hingga
31 Disember 2023 (Ahad)
Semakan dan perakuan oleh JPN/ Bahagian.
(Peringkat Bahagian/ JPN)
JPN/ Bahagian01 Januari 2024 (Isnin)
hingga
22 Januari 2024 (Isnin)

Muat turun info lanjut:

Sejarah ePangkat

Sistem e-Pangkat KPM ini diperkenalkan sekitar tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat seperti tempoh masa yang lama untuk memproses dan sebarang kesilapan yang mungkin timbul.

Ianya merupakan satu sistem yang menyediakan maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi semua guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan sistem ini, semua maklumat dan informasi para guru akan disimpan dalam sistem, seterusnya memudahkan pihak KPM menguruskan hal-hal berkaitan pertukaran pangkat pra guru.

Dengan adanya sistem bersepadu ePangkat, ianya dapat mengelakkan sebarang kesilapan dan pengurusan KPM untuk memantau kenaikan pangkat para guru.

Dengan sistem ini juga, para guru sendiri dapat mengemaskini maklumat terbaru mereka dan menyemak bagi memastikan tiada sebarang kesilapan mengenai maklumat diri mereka.

Objektif ePangkat

Sejak diperkenalkan, ePangkat mempunyai beberapa objektif utama antaranya:

  1. Memudahkan para guru mengemaskini maklumat terkini mereka bagi mengelakkan urusan kenaikan pangkat mereka mempunyai sebarang masalah
  2. Menyediakan satu sistem pengurusan kenaikan pangkat yang tersusun
  3. Memudahkan dan mengautomasikan semua proses dan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan
  4. Memudahkan perancangan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatan
  5. Memastikan urusan kenaikan pangkat yang lebih sistematik dngan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat

Daftar dan login ePangkat

Berikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun anda (bagi pengguna kali pertama) dan anda boleh log masuk setelah melengkapkan pendaftaran:

  1. Layari laman e-Pangkat KPM di alamat https://epangkat.moe.gov.my/login.php
  2. Bagi yang mahu mendaftar, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik butang “Belum Berdatar?”
  3. Untuk mendaftarkan akaun, masukkan butiran seperti Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Alamat Emel.
  4. Kemudian, klik butang “Hantar”

Tips Kenaikan Pangkat Melalui e-Pangkat KPM

Kenaikan Pangkat Secara Time Based Kecemerlangan (TBBK) DG44
adalah satu proses yang ditawarkan setiap tahun.

Di sini kami kongsikan sedikit tips dan pengalaman oleh Mierul Mraz dari Facebook untuk panduan bersama.

epangkat online kpm e-Pangkat

Banyak orang dah lalui fasa ni. Untuk kesan proses saya sendiri & kongsi pengalaman, saya abadikan di sini.

  1. SENTIASA ALERT DENGAN TEMPOH PERKHIDMATAN
    • Lantikan PPPS perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun.
    • PPLD pula ada pengiraan tahun berkhidmat yang boleh diguna dalam kenaikan pangkat. Nak guna masa naik DG48 pun boleh.
  2. IKLAN KENAIKAN PANGKAT
    • Iklan ni kita semak di website ePangkat. Tak perlu cukup tempoh berkhidmat pun untuk daftar.
    • Iklan dikeluarkan 2 kali setahun untuk lantikan Jan – Jun & Julai – Disember (tak pasti bulan).
  3. PERSEDIAAN AWAL
    • PT / Ketua Jabatan akan minta sedia beberapa dokumen:
      i. Surat Lantikan SPP
      ii. Surat Pengesahan Pelantikan SPP
      iii. Surat Penempatan Sekolah
      iv. Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    • PT akan upload dokumen ni setelah iklan keluar & dibuka untuk permohonan. Boleh rujuk carta alir untuk tengok tarikh2 penting proses permohonan. Sediakan juga dokumen sampingan:
      i. Ijazah / Sijil Akademik
      ii. Sijil Kelulusan Ikhtisas ( untuk Twinning Programme, bagi surat dari IPG yang menyatakan ijazah dari univeristi tu setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
  4. PERMOHONAN
    • Ada 2 jenis permohonan; secara online & manual. Online untuk yang tak ada isu seperti Cuti Tanpa Gaji, Cuti Belajar. Boleh rujuk surat keluaran JPA untuk maklumat tepat. Manual untuk yang ada isu-isu tersebut. Saya cerita yang online saja okay…
    • PT & KJ akan upload 3 dokumen penting termasuk Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Yang ni kita tak ada akses, disimpan di PPD. Mereka akan uruskan. Jadi kalau ada pertukaran sekolah, PPD, negeri berkhidmat, semak betul-betul ya. Di BRP ni juga ada nombor rujukan surat, jadi pastikan surat tu sama macam dalam BRP.
    • Ketua Jabatan akan semak & isi maklumat berkaitan seperti markah LNPT untuk 3 tahun terkini. Syaratnya mesti lebih 85% kalau tak silap untuk wajaran ketiga-tiga tahun tersebut.
    • Dah selesai semua, kita log in menggunakan ID e-Pangkat kita untuk semak & pastikan kita lengkapkan maklumat seperti pinjaman pendidikan, tindakan tatatertib & lain-lain.
    • Setelah selesai, kilik Mohon. Kita boleh cetak slip permohonan kita di bahagian TBBK.
    • Jangan sesekali mohon kalau maklumat belum dikemaskini oleh PT & KJ.
  5. PROSES
    • Kita ada dapat beberapa borang seperti:
      i. Butir-Butir Calon Tapisan Keutuhan (SPRM)
      ii. Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) 1a untuk gred 41.
      iii. Akuan Pilihan bagi Calon Gred DG41/DG42 ke DG44 (ExPPLD)
      iv. Surat Pengesahan Markah LNPT Tahun (2020, 2019, 2018)
    • Sediakan juga:
      i. Salinan dokumen yang dimuatnaik dalam ePangkat (rujuk siaran KPM: Para 5 – m/s 4-5)
      ii. Slip permohonan yang kita cetak masa membuat permohonan di 3(e).
    • Serahkan semuanya lengkap di isi untuk disahkan oleh pihak sekolah sebab dokumen kita akan dikemukakan ke Unit Naik Pangkat JPN masing-masing (sebelum 20 Januari mengikut JPN).

NOTA:

  • Ada borang yang kita boleh download saja dari website e-Pangkat.
  • Contoh Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) tu banyak ja di internet. Boleh tengok contoh ayat. Kita kena isi sumbangan kita 3 tahun terkini.
  • Rajin-rajin tanya PT & KJ kalau ada kekeliruan.
  • Borang KC: https://epangkat.moe.gov.my/…/Borang%20Kategori%201a%20…

Kalau ada yang salah atau nak kongsi pengalaman, feel free to comment.

Semakan urusan kenaikan pangkat

Untuk melakukan semakan kenaikan pangkat, anda boleh melakukannya melalui secara dalam talian seperti berikut:

  1. Layari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/naikpangkat.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Klik butang semak

Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi JPN / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, persoalan atau pertanyaan mengenai sistem e-Pangkat KPM, anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu kaedah yang berikut:

No. Tel: 03-8884 7963 / 7863 / 7816

Emel: [email protected]

Alamat: Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!