EMIS Online: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan KPM

EMIS Online (Education Management Information System) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Sistem Penngurusan Sekolah merupakan sebuah platform yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambah baik sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Kewujudakan portal ini diharap mampu melicinkan dan menyelaran pengurusan pentadbiran pihak sekolah agar dapat dilakukan dengan lebih baik.

Disebabkan sistem ini dibangunkan untuk hal-hal pentadbiran sekolah, maka bukan semua guru mempunyai akses untuk log masuk ke dalam sistem ini.

EMIS ialah merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses, menyimpan, mencapai, dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat keputusan di semua peringkat.

Fungsi dan Kegunaan EMIS

Portal EMIS mengandungi pelbagai maklumat dan data untuk melakukan perkarra-perkara berikut:

  • Perancangan pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia)
  • Semakan data guru oleh SPR
  • Unjuran guru
  • Audit fizikal YB Timbalan Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)
  • Anggaran belanja mengurus perjawatan (ABM)
  • Pemberian elaun pedalaman
  • Latihan dalam perkhidmatan
  • Pemantauan peralatan
  • Semakan data guru oleh bahagian tajaan
  • Semakan data guru oleh PTPTN
  • Kajian sikap kakitangan awam oleh SPR
  • Jawatankuasa pelaksana kemasukan murid berumur 5 tahun ke tahun 1
  • Jawatankuasa pengambilan GSTT
  • Semakan status hak milik tanah (BPPA)
  • Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP
  • Pasukan kerja analisis data pengisian/penyandang di KPM (BPSM/JPA)

Artikel berkaitan: Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) SKPM 2023/2024

Modul EMIS

Sistem ini terbahagi kepada tiga modul utama:

  • Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
  • Modul Pengurusan Guru (eOperasi)
  • Modul Pengurusan Murid (APDM)

Semua modul ini dapat diakses melalui Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia atau SSO KPM.

> Dapatkan Buku Nota Abad 21 KPM

Akses dan Log Masuk

Akses ke papan pemuka (dashboard) EMIS Online boleh dibuat melalui alamat https://emisonline.moe.gov.my/

Untuk log masuk, di bahagian kotak Login:

  1. Masukkan LogID
  2. Masukkan Katalaluan
  3. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang dipaparkan dalam imej
  4. Klik butang “Login”

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan sistem EMIS Online ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas mellali talian berikut:

Sektor Perancangan Data Makro Pendidikan,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Aras 1-4, Blok E8, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya Malaysia

Telefon : 03-8884 6532
Faks : 03-8884 6546
Emel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!