e-Pengambilan TUDM 2022 (Tentera Udara Diraja Malaysia)

Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuka pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM mulai 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan mendaftar akaun di e-Pengambilan TUDM.

Syarat Kelayakan Umum

  1. Lelaki warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
  3. Lepasan SPM atau SVM.
  4. Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
  5. Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.

CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.

CALON LEPASAN DIPLOMA

Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM / SVM

Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sains
  4. Fizik
  5. Kimia

TARAF KESIHATAN

Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.

Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)

  1. Tinggi Minimum : 1.65 meter
  2. Berat Minimum : 49kg
  3. BMI : 18 hingga 25
e-Pengambilan tudm

Gaji / Elaun / Keistimewaan

GAJI PERMULAAN

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
  • Skim SPM atau SVM : RM1,879.00
  • Skim SKM Tahap 2 : RM 1,945.01
  • Skim SKM Tahap 3 : RM 2011.02
  • Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,341.07

Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)

KENAIKAN TAHUNAN

Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

BAYARAN ELAUN DAN INSENTIF

  • Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
  • Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
  • Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  • Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  • Tuntutan Cuti Tahunan

KEISTIMEWAAN

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waran perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
e-Pengambilan tudm

Cara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM

BORANG PERMOHONAN PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 66/23 (LELAKI) AKAN DIBUKA BERMULA 12 OGOS 2022 SEHINGGA 23 SEPTEMBER 2022. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI AKAUN PEMOHON UNTUK MEMOHON

Bagi calon yang berminat, sila layari laman sesawang http://kerjaya.airforce.mil.my untuk mendaftar Akaun Pemohon dan mengisi borang permohonan.

Permohonan secara walk-in ke Pusat Pemiliohan adalah TIDAK diterima.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100 / 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!