2 Juta Penerima Vaksin Sinovac Yang Tidak Mengambil Dos Penggalak Akan Hilang Status “Lengkap Vaksinasi”

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

“Bagi penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka. Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Februari 2022, kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022.” – Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin

Penerima Sinovac Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April 2022 Untuk Elak Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap

Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta penerima Sinovac 18 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak bagi status vaksinasi lengkap sebelum 1 April 2022 ini, katanya dalam siaran langsung sidang media KKM terkini.

Kementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac, di mana sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

“Sekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih pada Mac ini dan dianggap tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera”.

Individu ini juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Ia turut membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua jenis vaksin.

“Mulai 1 April status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media KKM.

dos penggalak
https://www.youtube.com/watch?v=NfqKrgiPFik

Dalam sidang media Menteri Kesihatan, turut diumumkan prosedur terkini kemasukan ke Malaysia serta pembukaan sempadan Malaysia Singapura.

Selain itu, orang ramai sekali lagi diseru mendapatkan dos penggalak tanpa mengira jenis vaksin.

Ini kerana risiko jangkitan teruk boleh berlaku terutamanya di kalangan warga emas.

Baca juga:

Isu Tiada Sijil Vaksinasi Bagi Warga Emas & Penerima Vaksin Sinovac

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Laporkan kepada interaktif helpdesk melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!