Dos Penggalak Kedua Covid-19: Kelayakan, Syarat & Selang Masa

KKM Tawar Pemberian Dos Penggalak Kedua COVID-19 Kepada Golongan Berisiko Tinggi dan Pengembara

Perlukah kita ambil dos penggalak kedua?

Adakah ianya diwajibkan?

Siapa yang disyorkan untuk mengambil dos kedua booster ini?

Di sini kami kongsikan info lanjut untuk makluman bersama.

Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu (waning imunity) terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 masih tinggi.

Oleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah digalakkan bagi kumpulan ini.

Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara SUKARELA.

Golongan Yang Digalakkan Untuk Mengambil Dos Penggalak Kedua

Individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos booster kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludddin, keputusan itu dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian-kajian santifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetis berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius dan kematian dalam COVID-19.

Selain itu, individu ‘moderate or severe immunocompromised’ berumur 12 tahun dan ke atas boleh diberikan dos booster dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.

Baca juga:

Jenis Vaksin Yang Disediakan

Buat masa ini, vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) merupakan vaksin yang disyorkan bagi dos booster kedua berdasarkan data saintifik yang tersedia.

Tempoh / Selang Masa Dos Penggalak Kedua

  • Kumpulan umur 60 tahun ke atas
    • 4-6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama
  • Kumpulan umur 18-59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk
    • 4-6 bulan selepas menerima dos penggalak pertama
    • Selepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar

*seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain

Bagi individu berumur 60 tahun dan ke atas yang telah lengkap mengambil suntikan penggalak dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima booster kedua, tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.

Individu yang ingin ke luar negara pula boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara.

Cara Daftar Temujanji Dos Penggalak Kedua Di MySejahtera

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan pautan janji temu dos penggalak kedua, yang hanya diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Pautan janji temu ini boleh didapati pada garis masa vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang diberikan bagi dos penggalak kedua.

Sila rujuk infografik berikut.

Adakah Ia Wajib?

Booster dos kedua adalah pilihan individu tanpa arahan pengambilan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Syor terbaharu ini tidak akan menjejaskan status vaksinasi lengkap individu berisiko tinggi yang tidak mengambil dos kedua tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengemas kini Garis Panduan Klinikal yang akan memperincikan perlaksanaan tersebut.

Sumber: Berita RTM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!