Koleksi Doa Pagi JAKIM

Berikut merupakan senarai beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan setiap pagi bagi memastikan hari-hari kita berjalan lancar, urusan kita dipermudahkan dan diri kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T

Sebagai umat Islam, anda digalakkan untuk sentiasa membaca doa-doa ini sebelum memulakan hari-hari anda. Oleh itu, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui dan mempelajari doa pagi yang boleh diamalkan.

Apa itu Doa?

Perkataan doa itu diambil dari perkataan dalam bahasa Arab iaitu “Da’aa” yang membawa erti seruan. Dan dari sudut bahasa doa ini membawa erti “panggilan”, “ajakan” atau “permintaan”.

Dari sudut syarak pula, doa ini merujuk kepada perbuatan memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan.

Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran, dan antara firman Allah S.W.T berkenaan doa ini boleh dilihat dalam surah Ghafir di bawah:


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ ۗاِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ ࣖ ٦٠

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir [40] Ayat 60).

Senarai Doa Pagi

Berikut merupakan beberapa doa pagi yang boleh anda amalkan setiap hari bagi memastikan hari-hari anda dilindungi dan diberkati Tuhan:

DOA 1

DOA MENYAMBUT PAGI DAN PETANG

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيكَ النُّشورُ

Maksudnya: “Ya Allah, denganMu kami memasuki waktu pagi, dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup, dan denganMu kami mati, dan kepadaMu kami kembali.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5068]

*NOTA: Untuk waktu petang, tukarkan lafaz, “asbahna” ke “amsaina”, “amsaina” ke “asbahna”, “nusyur النشور” ke “masir المصير”

DOA 2

اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْأَلُـكَ عِلْمـاً نافِعـاً وَرِزْقـاً طَيِّـباً ،وَعَمَـلاً مُتَقَـبَّلاً

Allahuma inni as-aluka‘ilman nafi’an wa rizqan tayyiban wa ‘amalan matqaballa

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

doa pagi jakim

DOA 3

Amalkan doa ini setiap hari di waktu pagi dan petang.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.”

Riwayat Muslim (2709), Abu Daud (3899), al-Tirmizi (3604), al-nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10421), Ibn Majah (3518) dan Ahmad (7898)

doa pagi jakim

DOA 4

Doa Berlindung Dari Dukacita & Bebanan Hutang

Nabi SAW mengajarkan doa ini untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

DOA 5

Antara nikmat yang paling berharga bagi orang Mukmin adalah diteguhkannya hati dalam Islam.

DOA DITETAPKAN HATI

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

Riwayat Imam Ahmad (26618), (12107), al-Tirmizi (3522), (2140), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)

DOA PAGI JAKIM

DOA 6

Doa Ditetapkan Islam

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلَاصِ،وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا

وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ

Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah syahadah), dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dari kalangan orang-orang musyrik.”

Riwayat Ahmad (15360)

DOA 7 (Penghulu Istighfar)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا

عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ

شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي

فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت

Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku

kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.

[Riwayat al-Bukhari (6306)]

doa pagi

Lain-lain Doa Yang Boleh Diamalkan

1. Doa Mohon Keselamatan

Semestinya, sebelum kita mulakan hari kita, kita sangat digalakkan untuk berdoa memohon keselamatan daripada Allah S.W.T. Dengan izin Allah, doa yang dibaca ini mampu melindungi kita daripada sebarang kecelekaan pada hari itu.

2. Doa Memperoleh Kebaikan Dunia & Akhirat

Semestinya salah satu doa yang boleh kita amalkan pada pagi hari adalah doa yang mampu memberi kita kebaikan di dunia dan di akhirat.

Doa ini sangat digalakkan untuk diamalkan kerana ia meliputi segala sisi kehidupan kita sama ada di dunia ini atau di akhirat nanti.

3. Doa Agar Terhindar Dari Keburukan

Selain itu, doa yang boleh dibaca pada permulaan hari ialah doa memohon agar kita ini dijauhkan dari perbuatan buruk. Doa ini mampu melindungi kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam, dan seterusnya membantu kita dalam menjadi umat Islam yang lebih baik.

Doa-pagi
Sumber: Fursan Daily 

4. Doa Memohon Perlindungan Dari Empat Pekara

Anda juga digalakkan untuk membaca doa di bawah setiap pagi sewaktu melaksanakan solat Subuh dengan membaca doa ini sebelum memberi salam.

Doa ini dibaca bagi memohon perlindungan Allah S.W.T dari empat perkara yang tidak diingini oleh mana-mana umat Islam, iaitu:

  • Siksaan Kubur
  • Siksaan Neraka
  • Fitnah
  • Fitnah Dajjal

5. Doa Dipermudahkan Urusan

Kita juga boleh memulakan hari kita dengan membaca doa dipermudahkan urusan dibawah. Dengan membaca doa ini, kita berharap semua urusan dan perkara yang ingin kita lakukan akan dipermudahkan dan dilancarkan Allah S.W.T:

6. Doa Memohon Rezeki Yang Tidak Putus

Doa seterusnya yang boleh diamalkan pada permulaan hari adalah doa memohon agar rezeki kita tidak pernah putus. Insya-Allah dengan mengamalkan doa ini, rezeki kita akan sentiasa mengalir.

7. Doa Tawakal Pada Allah S.W.T

Doa terakhir yang akan kami kongsikan ini ialah doa memohon tawakal pada Allah dan dijauhkan kita daripada kesesatan. Doa ini dibaca bagi menunjukkan bahawa kita sebagai umat Islam berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T, dan padanya kita memohon segala perkara.

doa pagi

Kelebihan Mengamalkan Doa Pagi

Doa pada permulaan hari ini sangat digalakkan untuk dibaca. Dengan membaca doa kita telah berserah dan merendahkan diri kita kepada Allah. Berikut merupakan antara kelebihan dalam mengamalkan doa pagi ini:

  • Cara Mendapatkan Rezeki Atau Pembuka Rezeki
  • Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
  • Berdoa merupakan satu bentuk kesyukuran
  • Melakukan aktiviti harian dengan lebih tenang dan bersemangat.
  • Lebih berkeyakinan dalam menjalani hari-hari kita

Baca juga: Asmaul Husna – 99 Nama Allah Beserta Maknanya

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!