TERKINI : Pengumuman Dividen ASB 2023, Bonus & Semakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 tidak lama lagi.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 21 Disember hingga 1 Januari 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 2 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2024.

TERKINI : PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2023

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023. Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.

INFO TAMBAHAN

Antara pulangan ASNB harga tetap yang lain bagi tahun 2023 berbanding 2022 seperti dibawah.

  • ASB2 : 5.00%, naik 0.70% berbanding tahun lepas 4.30%.
  • ASB3 : 5.00%, naik 0.75% berbanding tahun lepas 4.25%.
  • ASM : 4.50%, naik 0.50% berbanding tahun lepas 4.00%.
  • ASM2 : 4.50%, naik 0.75% berbanding tahun lepas 3.75%.
  • ASM3 : 4.50%, naik 0.75% berbanding tahun lepas 3.75%.
pengumuman dividen asb 2023
dividen asb 2023
dividen asb 2023 pengumuman

Sumber kenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB2023

Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023

Berikut adalah poster hebahan berkenaan penangguhan urus niaga ASB 2023:

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2023

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2024. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2024.

Untuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

notis penangguhan asb

Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB

Semakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun.

Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2024 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2024 di Kaunter ASNB.

Cara Mudah Kira Dividen ASB 2023

Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?

Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh mudah:

  • AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
  • BONUS : 1.0%

Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.

Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.

Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88

Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.

Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50

Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50

Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.

Jumlah Dividen + Bonus ASB 2022 & Sebelumnya

Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.60 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Sejarah Dividen ASB 2013-2023

Maklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman

dividen asb 2021

Cara Semakan Dividen ASB Online

Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan
secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan
cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut