Diskaun Saman PDRM 50% Terkini (5-9 November 2024)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

DISKAUN SAMAN PDRM TERKINI

Jabatan Polis Trafik Kuala Lumpur melalui laman Facebook rasmi mereka mengumumkan tawaran diskaun 50% saman trafik bermula dari 5 hingga 9 November 2024.

Diskaun 50 peratus ini adalah untuk semua jenis saman trafik, tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

Diskaun Saman Polis 50% (5-9 November 2024)

KENYATAAN MEDIA KETUA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR SEMPENA TAWARAN SEMAKAN DAN BAYARAN SAMAN SEHINGGA 50 PERATUS JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR

Pengarah Jabatan dan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah berbesar hati untuk memberi kelulusan kepada Polis Kuala Lumpur bagi diskaun kompaun saman trafik sehingga 50% bermula 5/11/2-24 sehingga 9/11/2024 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Tawaran pengurangan bagi sehingga 50% terhadap SEMUA jenis saman KECUALI bagi saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun (N/C), memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan tidak mematuhi isyarat lampu merah.

Bagi kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

Sebanyak 15 kaunter akan dibuka di Balai Polis Trafik dan orang ramai juga boleh mengambil peluang ini untuk membuat semakan dan pembayaran saman secara cashless.

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan dan mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

mybayar saman

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Rujuk cara buat semakan saman online: MyBayar Saman – Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurangkan saman ini, sila rujuk Facebook Rasmi JSPT IPK SABAH.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut