Diet IF adalah salah satu dari jenis diet yang popular dan diamalkan oleh kebanyakkan orang di seluruh dunia kerana keunikan dan kelebihan yang ada padanya berbanding kaedah diet yang lain
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Diet IF dan cara terbaik untuk mengamalkannya.
Baca juga:
Apa itu Diet IF?
Diet IF atau Intermittent Fasting adalah amalan diet yang popular yang terdiri dari penyusunan pemakanan mengikut jadual yang bergilir-gilir antara waktu makan dan waktu untuk berpuasa.
Selalunya, tempoh ini berlaku antara 12 dan 40 jam. Minuman tanpa kalori seperti air dan kopi adalah dibenarkan semasa diet tetapi makanan atau minuman yang mengandungi kalori tidak dibenarkan sama sekali.
Contohnya, jika anda selesai makan malam pada pukul 7 malam hari Isnin. Maknanya, anda tidak boleh lagi makan sehingga pukul 7 malam hari Selasa.
Sesetengah orang ada juga yang memilih untuk berpuasa dari sarapan pagi hingga sarapan pagi atau makan tengah hari hingga makan tengah hari. Kaedahnya bergantung kepada masa setiap individu itu sendiri.
Namun begitu, puasa penuh selama 24 jam setiap hari adalah tidak disyorkan untuk pemula.
Jenis-jenis Diet IF
Berikut adalah jenis Diet IF yang paling popular dilakukan oleh rata-rata orang yang mengamalkannya.
- Time-restricted eating: Melibatkan puasa setiap hari selama 12 jam atau lebih lama. Contoh yang popular ialah kaedah 16/8. Iaitu 16 jam puasa setiap hari dan baki 8 jam untuk makan.
- The 5:2 diet: Makan seperti biasa setiap 5 hari dalam seminggu dan mengehadkan pengambilan kalori kepada 500 – 600 pada baki 2 hari itu.
- Eat stop eating: Meliatkan puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu.
- Alternate-day fasting: Puada berganti hari dengan matlamatnya adalah berpuasa setiap hari.
- The warrior diet: Diet yang mengamalkan puasa sekejap. Ia memerlukan anda untuk makan sedikit buah-buahan dan sayur-sayuran mentah pada waktu siang dan makan satu hidangan besar pada waktu malam.
Adakah intermittent fasting selamat?
Sesetengah orang cuba untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang cepat tetapi ekstrem.
Kesannya, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik lainnya kerana perubahan yang diambil secara drastik.
Begitu jugalah dengan pengalaman intermittent fasting ini di mana tidak semua golongan sesuai untuk mengamalkannya. Antara individu yang tidak sesuai adalah seperti:
- Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun
- Wanita yang mengandung atau menyusu
- Orang yang menghidap diabetes jenis 1 yang mengambil insulin
- Individu yang mempunyai sejarah gangguan makan
*Segara berhenti dari mengamalkan Diet IF sekiranya anda mengalami pitam, pening kepala, lemah badan, tubuh mengigil, penglihatan kabur, atau simptom yang lain.
Kesalahan ketika Diet IF
Antara kesalahan Intermittent Fasting yang sering dilakukan adalah:
- Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal lain
- Bergantung sepenuhnya pada amalan diet sahaja
- Tidak puasa sepenuhnya (contohnya: minum air bergula atau berkarbonat)
- Tidak mematuhi jadual makan atau batas kalori yang telah ditetapkan
Kelebihan intermittent fasting
Berikut adalah manfaat intermittent fasting yang boleh anda rasakan kepada kesihatan tubuh badan anda:
1. Penurunan berat badan
Diet IF boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan kerana ia membataskan pengambilan kalori setiap hari.
Berpuasa atau berpantang daripada makan boleh memberi kesan pada defisit kalori. Dalam kata lain, anda mempunyai kalori yang lebih sedikit daripada yang diperlukan untuk mengekalkan berat badan semasa.
Diet IF dengan kaedah 16/8, 5:2 dan alternate-day fasting adalah antara jenis diet yang dikaitkan secara langsung dengan penurunan berat badan
2. Meningkatkan kesihatan jantung
Penyakit jantung menjadi salah satu dari penyakit yang popular di dunia dan menjadi punca kematian juga.
Yang mana kebanyakkan tahap kesihatan seseorang sangat berkait rapat dengan peningkatan atau penurunan risiko penyakit jantung.
Diet IF telah dikaji membantu untuk memperbaiki beberapa faktro risiko penyakit jantung termasuklah seperti tekanan darah, paras kolesterol, paras trigliseridia, dan penanda keradangan.
3. Regulasi gula dalam darah
Diet IF telah terbukti mempunyai manfaat utama untuk ketahanan insulin dan membawa kepada pengurangan paras gula darah yang mengagumkan khususnya kepada penghidap diebetes jenis 2.
4. Mengurangkan tekanan oksidatif
Tekanan oksidatif adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada penuaan dan banyak penyakit kronik.
Ia melibatkan molekul tidak stabil yang dipanggil radikal bebas, yang bertindak balas dengan molekul penting lain, seperti protein dan DNA.
5. Membantu mencegah kanser
Kanser disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Puasa telah membuktikan bahawa ia memberi kesan yang sangat baik terhadap metabolisme yang boleh mengurangkan risiko kanser.
Ada juga beberapa bukti diet ini boleh mengurangkan kesan sampingan dari kemoterapi.
Sungguhpun begitu, penyelidikan yang lebih mendalam pada manusia perlu dijalankan untuk memahami kaedah diet ini dan kaitannya dengan risiko kanser.
6. Memanjangkan jangka hayat
Beberapa kajian yang dijalankan pada haiwan (tikus) menunjukkan bahawa Diet IF dapat memanjangkan umur dan memperlambatkan proses penuaan manusia.
Sungguhpun begitu, lebih banyak penelitian pada manusia masih diperlukan untuk mengkonfirmasi kesan manfaat ini.
7. Mencegah penyakit alzheimer
Penyakit alzheimer adalah penyakit neurodegeneratif yang paling biasa terjadi di dunia.
Setakat hari ini, tiada ubat yang dapat memulihkan alzheimer, justeru kaedah pencegahan dari awal perlu diambil daripada ia terus berkembang.
Berdasarkan kajian terdahulu yang dijalankan, saintis berpendapat Diet IF boleh membantu melambatkan permulaan alzheimer begitu juga dengan penyakit neurodegeneratif seperti parkinson dan huntington.
Kesimpulannya, tidak semua golongan sesuai untuk mengamalkan jenis diet ini. Setiap pengamalannya juga akan memberi kesan yang berbeza-beza kepada setiap individu bergantung pada keadaan fizikal masing-masing.
Untuk lebih berkesan, pastikan anda melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang sesuai dengan berat badan masing-masing.
Apa-apapun dapatkan nasihat doktor anda jika anda mahukan kaedah yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Diet IF dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama
Sumber:
- What Is Intermittent Fasting? Explained in Simple Terms. Healthline
- What Is an Intermittent Fasting Diet? Good Food
- Intermittent Fasting: Eating By The Clock For Health and Exercise Perfomance. BMJ Open Sport & Exercise Medicine