Biodata Dahlia Rizal, Instafamous & Isteri Imran Aqil

Nama Dahlia Rizal cukup dikenali ramai dalam kalangan warganet khususnya golongan muda hari ini sebagai seorang pempengaruh media sosial yang berjaya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Dahlia Rizal.

Baca juga:

Latar Belakang

dahlia rizal
Kredit Instagram @dshazall
NamaNur Dahlia Binti Ahmad Rizal
Nama PanggilanDahlia Rizal
Tarikh Lahir16 Mei 2001
Tempat LahirTapah, Perak
Ketinggian157 cm
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Universiti Malaya (UM)
PekerjaanModel, pempengaruh media sosial, usahawan
Akaun Media SosialInstagram @dshazall
TikTok @indomie.d

Kehidupan Peribadi

Dahlia Rizal mempunyai darah kacukan Cina dan Arab. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.

Adik beradiknya yang lain termasuk Alif Rizal (anak sulung), Balqis Rizal (anak kedua), dan Amin Rizal (anak keempat). Selain itu, beliau juga mempunyai adik beradik berlainan bapa iaitu Hafizah, dan adik-beradik berlainan ibu iaitu Hannah, Harith, dan Manan.

Dahlia Rizal telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon lelaki Malaysia, Imran Aqil pada 9 September 2023 yang lalu sebelum terlebih dahulu bertunang pada 21 Ogos pada tahun yang sama.

Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

Majlis itu difahamkan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan pengantin.

dahlia rizal
Kredit Instagram @dshazall

Kerjaya & Profesional

Dahlia Rizal adalah seorang pempengaruh media sosial yang berjaya dan banyak berkolaborasi dalam pelbagai jenama pakaian dan hijab.

Beliau terkenal sebagai seorang model untuk koleksi hijab yang suka berkongsi gambar selfie, cara-cara menggunakan make-up, dan juga fesyen hijab.

Beliau mempunyai pengikut seramai 765,000 ribu orang di Instagram dan 474,400 ribu orang di laman TikTok.

Tidak seperti mana-mana pempegaruh di media sosial yang lain, beliau tidak banyak mendedahkan mengenai kehidupan dan maklumat berkaitan keluarga. Melainkan hanya berkongsi mengenai kerjaya beliau dan juga gambar-gambar selfie beliau.

Pencapaian Dahlia Rizal

Pada tahun 2017, Dahlia telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda oleh Persatuan Usahawan Malaysia diatas sumbangan beliau dalam memajukan industri fesyen tempatan.

Selain itu juga, beliau telah diberikan anugerah Penghargaan Pembicara Motivasi Terbaik pada Anugerah Motivasi Industri Kreatif di tahun 2020.

Pengiktirafan ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf beliau sebagai seorang speaker motivasi dan inspirasi dalam bidang keusahawan bagi membantu individu mencapai kejayaan dalam hidup.

Dahlia Rizal juga merupakan seorang pencinta alam. Dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai insiatif tersendiri dalam kegiatan amal seperti memberi sumbangan makanan dan pakaian kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Buzzlearn anggaran pendapatan Dahlia sebagai seorang bintang Instagram sahaja dianggarkan antara $1 Juta – $5 Juta dolar.

Fakta Menarik Mengenai Dahlia Rizal

  • Wajahnya pernah tular di media sosial dalam rancangan Buletin Utama TV3 semasa perbicaraan kes SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
  • Suka berkongsi gambar selfie, cara-cara menggunakan make-up, dan juga fesyen hijab.
  • Isteri kepada Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin (Imran Aqil), pelakon drama Budak Tebing 2.
  • Seorang pencinta alam.

Tahniah Dahlia Rizal! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana untuk menjadi seorang pempengaruh media sosial yang berjaya.

Sumber:

  1. Instagram @dshazall
  2. Biodata Dahlia Rizal – Influencer & Isteri Imran Aqil. Fuh.my
Bantu kami share artikel ini: