Baru mendapat cahaya mata dan ingin daftar kelahiran anda dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?
Sejak pandemik COVID-19, banyak perkara yang sudah dipermudahkan yakni boleh dibuat secara dalam talian sahaja termasuklah proses mendaftarkan kelahiran anak anda.
Seorang anak yang baru lahir adalah rezeki buat ibu bapa mereka dan mengikut undang-undang di Malaysia, bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.
SISTEM PRA PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TALIAN JPN
Platform Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian ini merupakan inisiatif oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi merakyatkan perkhidmatan awam.
Melalui sistem ini, pelanggan mempunyai tempoh masa yang panjang untuk hadir ke pejabat JPN bagi mendapatkan sijil kelahiran.
Antara kelebihannya juga termasuklah:
- Mudah dicapai
- Mudah digunakan
- Efektif serta selamat
- Mudah diakses
PENDAFTARAN KELAHIRAN OLEH IBU BAPA / WARIS
Tidak semua individu boleh mendaftarkan seseorang bayi itu dengan pihak JPN, hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak untuk daftar kelahiran bayi:
- Ibu atau bapa kanak-kanak itu
- Penjaga kanak-kanak itu
- Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
- Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Bagi membolehkan seorang bayi itu didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara, dokumen-dokumen berikut mestilah di bawa bersama sewaktu pendaftaran di pejabatt JPN terdekat:
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
- Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
CARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE
Jangan risau, pendaftaran anak juga kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web JPN di alamat https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
- Klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”
- Pengguna akan dibawa ke halaman https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
- Pengguna perlu “Allow” atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda
- Klik butang “Daftar Pengguna Baru”
- Lengkapkan pendaftaran
- Kemudian, kllik butang “Log Masuk”
- Setelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”
- Klik butang “Cetak Slip Permohonan”
- Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari
FI DAFTAR KELAHIRAN & KEMATIAN SEMENANJUNG
Kadar fi urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi semenanjung Malaysia adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
- Permohonan bagi PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN ATAU KEMATIAN : RM50.00
- Permohonan bagi pendaftaran atau pengubahan nama kanak-kanak sebelum habis tempoh SATU TAHUN dari tarikh kelahirannya : RM5.00
- Permohonan bagi pendaftaran kanak-kanak yang namanya telah didaftaran TANPA NAMA slepas 12 bulan dari tarikh kelahirannya : RM 50.00
- Permohonan bagi pendaftaran nama orang yang telah mencapai umur 21 tahun yang kelahriannya telah didaftarkan TANPA NAMA : RM 50.00
- Permohonan bagi pendaftaran kelahiran orang yang disahtarafkan selepas habis tempoh 3 bulan dari tarikh orang orang itu disahtarafkan : RM50.00
- Permohonan bagi carian : RM10.00
- Permohonan bagi SALINAN SIJIL yang diperakui : RM5.00
- Permohonan bagi PEMBETULAN KESILAPAN FAKTA atau ISI dalam daftar : RM50.00
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, 18 Julai 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut berhubung pendaftaran kelahiran JPN, sila rujuk maklumat melalui platform berikut:
- Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
- Laman web rasmi JPN http://www.jpn.gov.my/
- Telefon : 03-8880 7077
Baca juga: