Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 (Kalendar JAKIM Malaysia)

TARIKH MALAM NISFU SYAABAN & DOA – Bulan Rejab kian berlalu pergi, kini tibalah bulan Sya’aban 2025 bersamaan 1446 H.

Bulan Sya’aban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Malah pada pertengahan Bulan Sya’aban yang dipanggil Nisfu Sya’aban adalah antara malam yang dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Sya’aban.

Berikut dikongsikan antara hadis yang sahih berkenaan malam Nisfu Sya’ban ini, kelebihannya, serta doa-doa yang boleh diamalkan.

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025

Awal Syaaban (1 Syaaban) = 31 Januari Februari 2025 (Jumaat) * Insha Allah kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 30 Januari 2025 ini (Khamis).

15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 14 Februari 2025 (Jumaat) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), selepas masuk waktu Maghrib.

Sila rujuk Takwim 2025 Miladiah / 1446 – 1447 Hijriah yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi Malaysia dalam lampiran berikut :

Sumber: Kalendar Islam JAKIM 1446-147H / 2025
kalendar 2024 februari cuti

Doa Bulan Syaaban

Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.

Doa-doanya ialah:

DOA 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

DOA 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.

puasa syaaban NISFU sya'ban
Sumber infografik : JAKIM Sabah

NISFU SYA’BAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA – IMAM AS-SYAFI’E RA

قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.

Imam asy-Syafie berkata : “Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu sya’ban.”

nisfu syaaban 2024
Sumber infografik : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Diriwayatkan dalam:

  • Imam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009,
  • Imam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518.
  • Syu’bul Iman, 3/341, no: 3711.

Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Bulan Ramadan pada tahun ini, Insya Allah.

Hukum Puasa pada Hari Nisfu Syaaban dan Selepasnya

  • Sunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnya
  • Dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)
  • Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.
  • Haram puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu.
  • Dibolehkan puasa wajib seperti qadha, nazar dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.

Baca juga: