Selain cuti tahunan, cuti sakit, serta cuti tanpa rekod, terdapat kebenaran tidak hadir serta cuti lain-lain yang diperuntukkan untuk penjawat awam.
Teruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai kemudahan khas yang ditawarkan.
Baca Juga : Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)
Cuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam
i) Cuti Menjaga Anak
Syarat-Syarat Umum
- Tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang berkelayakan.
- Tidak menjejaskan kelayakan Cuti Separuh Gaji (PAC 13/51) dan Cuti Tanpa Gaji (PAC 14/52).
- Layak PGT secara isyarat tertakluk kepada maksimum 3 kali sepanjang tempoh perkhidmatan (Cuti Menjaga Anak (CMA) > 180 hari dalam 1 tahun kalendar).
- Pegawai tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
- Tempoh percubaan pegawai dibekukan.
- Pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
- Pegawai hilang kekananan sepanjang tempoh CMA.
- Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
- Tempoh CMA tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.
- Tempoh CMA adalah termasuk rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
- Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik tamat CMA atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan.
- Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak dan pegawai dikenehdaki mematuhinya.
- Pegawai boleh pada bila-bila masa dalam tempoh CMA memohon untuk memendekkan tempoh CMA sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali.
- Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai.
ii) Cuti Kuarantin
Syarat-Syarat
- Pegawai (lantikan tetap dan contract of service) yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
- Pegawai hendaklah diberi hak penjagaan sekurang-kurangnya 1 bulan secara berterusan.
Jenis Penyakit
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
- Campak (Measles)
- Chickenpox
- Malaria
- Difteria
- Demam Denggi
- lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta.
Tafsiran Anak
- Anak kandung / anak tiri tanggungan / anak angkat de facto / anak angkat / anak pelihara
- Berumur di bawah 18 tahun / di bawah 21 tahun jika masih belajar.
- Tiada had umur – cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekali sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
Kuasa Melulus : Oleh Ketua Jabatan dan direkod dalam BPK pegawai.
Siapa Yang Tidak Layak Cuti Kuarantin?
- Ibu dan bapa yang bimbang anaknya berjangkit dengan penyakit berjangkit.
- Ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi TASKA / sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin.
- Bagi setiap kes ATAU selama tempoh perakuan (atas nama anak) yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan / swasta.
Tempoh cuti adalah 5 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan (tidak semestinya berturut-turut).
iii) Cuti Haji
Syarat Kelayakan
- Pegawai beragama Islam dan bertujuan untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah.
- Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan.
- Pegawai berjawatan sementara perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun secara berterusan.
- Pegawai berjawatan kontrak (warganegara) perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Tempoh cuti : 40 hari termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti penggal persekolahan.
iv) Cuti Berkursus
Syarat Kelayakan
- Pegawai yang dipilih/ dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus, latihan atau pengajian
- Cuti bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji.
- Cuti diambil untuk penjawat awam ikuti pengajian peringkat diploma / ijazah asas / kursus lanjutan.
Kategori Kursus
- jangka Pendek ( 3 bulan dan ke bawah)
- Jangka Sederhana (3 bulan hingga 12 bulan)
- Jangka Panjang (12 bulan ke atas).
Cuti Akademi Menghapuskan Cuti Rehat
i) Tempoh Kursus : 12 bulan ke bawah
Pegawai tak layak mendapat kemudahan Cuti Rehat dalam tempoh kursus.
ii) Tempoh Kursus : 12 bulan dan ke atas
Pegawai dianggap telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus.
Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan
Tempoh : tidak lebih 7 hari
Syarat Kelayakan
- Pegawai masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus
- Cuti perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan.
v) Cuti Khas Untuk Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus
- Cuti layak diambil oleh pegawai agensi awam / swasta / antarabangsa yang bertugas atau berkursus di dalam atau luar negara yang tempohnya melebihi 3 bulan.
- Dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan atau mana-manainstitusi dalam / luar negara yang menawarkan pembiayaan kursus.
- Pegawai disahkan menerima dan melapor diri mengikuti kursus di insitusi pengajian (perbelanjaan sendiri).
- Pegawai perlu berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu.
- Tempoh : Tidak tertakluk. Syarat kembali bertugas 1 tahun untuk permohonan CTGIP berikutnya.
- Kuasa melulus oleh Ketua Jabatan
Kebenaran Tidak Hadir
Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am
Syarat Kelayakan
- Banjir / tanah runtuh / gempa bumi / jambatan runtuh / lain-lain malapetaka dan bencana alam / Perintah Berkurung / Perintah Sekatan Am.
- Terhalang perjalanan ke tempat kerja.
- Bencana dan kemalangan ke atas peribadi / harta benda tidak termasuk dalam istilah kecemasan am dan perlu mohon Cuti Rehat.
- Pegawai perlu kemukakan borang perakuan sebaik sahaja kembali bertugas.
- Ketua Jabatan boleh membenarikan pegawai tidak hadir ke pejabat akibat kecemasan.
- Boleh memotong Cuti Rehat pegawai / Cuti Tanpa Gaji sekiranya tidak berpuas hati dengan perakuan pegawai.
- Perlu mengesahkan kejadian melalui Pegawai Daerah / Penghulu / Pejabat Polis / Jabatan Penerangan / Jabatan Kebajikan.
Suami / Isteri Yang Dikehendaki Mengiringi Pegawai ke Majlis Rasmi
- Menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan yang melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / DYMM Sultan / TYT Yang Dipertua Negeri / YAB Menteri Besar / Ketua Menteri.
- Hanya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, YB SUK Negeri, Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah (atau wakil masing-masiing) yang dititah /diarah dan dikehendaki membawa isteri / suami bagi menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Kelayakan Pegawai Kerajaan Menghadiri Upacara Penganuegarahan Pingat /Darjah Kebesaran
- Perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sekiranya kehadiran diperlukan.
- Penerima dan tetamu dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun.
Kebenaran Pulang Awal 1 Jam Bagi Pegawai Wanita Yang Mengandung
Syarat Kelayakan Untuk Pegawai Wanita Mengandung
- Pegawai perkhidmatan awam memegang jawatan tetap dan kontrak (contract of service).
- Mengandung 5 bulan (22 minggu) dan ke atas.
- Bagi guru yang mengajar di sekolah / institusi pendidikan secara sepenuh masa, penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan.
Syarat Kelayakan Untuk Suami Kepada Pegawai Perkhidmatan Yang Mengandung
- Suami (penjawat awam) dan bekerja di lokasi berdekatan.
- Pulang bersama isterinya yang mengandung 5 bulan ke atas bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan.
- Tertakluk isteri pegawai telah diuluskan untuk menggunakan kemudahan ini.
Tempoh Pelepasan : 1 jam daripada waktu bekerja
Boleh digunakan pada bila-bila masa, bermula usia kandungan 5 bulan.
Tempoh kemudahan kebenaran meninggakan pejabat tempoh 4 jam adalah termasuk dalam tempoh penggunaan kemudahan ini.
Pada bulan Ramadhan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan kemudahan ini ATAU WPP Bulan Ramadhan.
Cuti lain-lain serta kebenaran bersyarat yang ditawarkan pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.