Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu Mampu Milik Untuk Guru KPM 2023 Oleh Tourism Malaysia
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, selain tujuh langkah segera yang diputuskan KPM sebelum ini, 10 inisiatif baharu itu juga turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.
Antara inisiatif yang mendapat perhatian hari ini adalah peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif tersebut serta Program Cuti-cuti Cikgu.
Pakej Cuti-cuti Cikgu
Program cuti guru ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta rakan strategik seperti Airasia, Traveloka dan Bank Rakyat.
Inisiatif ini dilihat dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara.
Berikut adalah senarai pakej yang telah diwar-warkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai Pakej Yang Ditawarkan
Sila rujuk lampiran di bawah untuk senarai pakej berkenaan.
MUAT TURUN SEPENUHNYA (PDF) :
10 Prakarsa KPM Sempena Hari Guru 2023
1. Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalam dan orang asli.
3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.
4. KPM bersama-sama dengan Suruhanja Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.
5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.
6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.
7. Mempertingkat pesanan kumpulan Guru Insani Malaysia.
8. Mempertingkat peranan Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.
9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.
10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.
Download PDF di sini
Baca juga: