Cukai Jualan 10% Barang Online RM500 Ke Bawah Mulai 2024

Tahukah anda, Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10% ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari, 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ini bermaksud, semua pembelian dalam talian, contohnya Shopee, Lazada dan TiktokShop yang diimport dari luar negara dan dijual dengan harga bawah RM 500 secara dalam talian bakal dikenakan cukai tersebut.

Tujuan dilaksanakan cukai LVG ini oleh pihak JKDM adalah bagi mengimbangkan harga jualan antara produk luar dan tempatan.

Hanya penjual yang mempunyai nilai ambang jualan LGV sebanyak RM 500,000 dalam masa 12 bulan perlu mendaftar dengan JKDM.

https://www.youtube.com/watch?v=ars1dVdJdHM

Tarikh Penguatkuasaan

Perundangan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.
Bagaimanapun, pengenaan cukai jualan ke atas LVG hanya akan bermula pada 1 Januari 2024.

Apakah Itu LVG?

JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan — tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok — yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Contoh Situasi / Bayaran Cukai Jualan 10% Yang Dikenakan

Berikut adalah contoh situasi dan kadar pengiraan cukai ke atas barang bernilai rendah yang diimport atau dibeli melalui platform online:

Sumber : https://lvg.customs.gov.my/uploads/Guidelines

Siapa Perlu Mendaftar?

Selaras dengan kuatkuasa perundangan berkaitan Cukai Jualan ke atas LVG,

  • i. mana-mana orang sama ada di Malaysia atau orang asing;
  • ii. yang menjual LVG;
  • iii. dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui mod darat, laut atau udara dan
  • iv. jumlah nilai jualan LVG ke dalam Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan – adalah bertanggungan untuk berdaftar sebagai Penjual Berdaftar.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan laman web https://lvgcore.customs.gov.my/register

Soalan Lazim Cukai Jualan 10% Bermula 2024

Untuk rekod, RUU Cukai Jualan (Pindaan 2022) telah dikuatkuasakan bagi meluaskan skop kenaan cukai jualan dengan mengenakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian dan barang tersebut diimport masuk ke Malaysia.

Sebelum ini, LVG bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport masuk ke Malaysia selaras dengan kemudahan de minimis.

Negara seperti Australia (2018), Switzerland (2019), New Zealand (2019), Norway (2020), United Kingdom (2021) juga telah melaksanakan pengenaan GST / VAT ke atas LVG.

Rujuk Soalan Lazim : FAQ Pengenaan Cukai Jualan Ke Atas Barang Bernilai Rendah (Low Value Goods)

Akta / Perintah / Panduan Berkaitan Cukai Jualan 10% Ke Atas Barang Import RM500 Ke Bawah (LVG)

Akta

Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022PaparMuat Turun
Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Cukai Jualan PUB 641PaparMuat Turun
Tarikh Pengenaan Cukai Jualan LVG PUB642PaparMuat Turun

Peraturan

Peraturan-peraturan Cukai Jualan (Barang Bernilai Rendah) 2022PaparMuat Turun

Perintah

Perintah Cukai Jualan (Jumlah Nilai Jualan Barang Bernilai Rendah) 2022PaparMuat Turun
Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai Barang Bernilai Rendah) 2022PaparMuat Turun
Perintah Cukai Jualan (Penentuan Barang Bernilai Rendah) 2022PaparMuat Turun
Perintah Cukai Jualan (Orang yang dikecualikan dari pembayaran cukai) (Pindaan) (No.2) 2022PaparMuat Turun

Panduan

Garis Panduan Pelaksanaan Cukai Jualan Ke Atas Barang Bernilai Rendah (LVG)PaparMuat Turun
Manual Pengguna untuk PendaftaranPaparMuat Turun

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cukai jualan LVG ini, sila layari laman web https://lvg.customs.gov.my/ atau http://www.customs.gov.my/ms/pages/utama.aspx

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai Cukai Jualan ke atas LVG boleh dihantar melalui e-mel kepada :

ATAU

  • 1-300-888-500 (Domestik)
  • +603-7806 7200
    • Waktu panggilan 8.00 AM – 5.00 PM

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!