Bermula 1 Julai 2025, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan semula terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) meliputi pelarasan kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara.
Namun begitu, bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, barangan asas harian yang menjadi keperluan utama pengguna masih dikecualikan daripada cukai jualan.
Artikel ini menyenaraikan barangan asas terkini yang tidak dikenakan cukai jualan, agar anda dapat membuat pilihan pembelian yang lebih bijak dan menjimatkan.
Baca juga: Cukai SST – Semakan Kadar & Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025
Apa Itu Cukai Jualan @ SST?
Cukai Jualan (CJ) adalah sejenis cukai tidak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang buatan dalam negara atau barang yang diimport, sebelum dijual kepada pengguna akhir.
Cukai ini dikenakan pada peringkat pengilang (manufacturer) atau pengimport, dan bukan terus kepada pengguna.
Peluasan skop SST bermula 1 Julai 2025 adalah bertujuan meningkatkan hasil negara dan meluaskan asas cukai selain memperkukuh jaringan keselamatan sosial tanpa beban rakyat.
Untuk makluman, barang makanan dan keperluan asas tidak akan dikenakan cukai atau SST.
Sila rujuk infografik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluasan skop SST dan senarai barang yang dikenakan / tidak dikenakan cukai jualan mulai 1 Julai 2025.
Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan (CJ @ SST)
Berikut adalah senarai barang asas yang tidak akan dikenakan cukai jualan @ SST :
- Daging ayam
- Daging itik
- Daging ayam belanda
- Daging lembu
- Daging kambing
- Ikan keli / talapia / tongkol
- Ikan bilis
- Kerang
- Udang
- Sotong
- Susu segar
- Telur ayam / itik / puyuh
- Ubi kentang
- Tomato
- Kobis
- Timun
- Bawang
- Kelapa muda
- Kelapa tua
- Biji kopi
- Teh
- Lada hitam
- Rempah ratus
- Halia
- Barli
- Oat
- Gandum
- Beras
- Biji jagung
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung sagu
Baca juga: Cukai Perkhidmatan 2024 : Kadar & Perkhidmatan Yang Dicukai
Kadar Cukai Jualan
1. Barangan Berkadar 0% (Dikecualikan Cukai Jualan)
Cukai jualan pada kadar 0% dikenakan ke atas barangan keperluan asas, bertujuan untuk tidak membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Contoh barangan kekal pada kadar 0%:
- Barang belum diproses: ayam, lembu, kambing, tilapia, udang, sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan, beras, barli, gandum.
- Barang telah diproses: tepung, sardin dalam tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi segera, susu (Milo, Vico, Nestum), minyak masak.
- Lain-lain: ubat-ubatan dan peranti perubatan, buku dan surat khabar, makanan ternakan, bahan binaan asas (semen, batu, pasir), baja, racun serta jentera pertanian dan penternakan.
2. Barangan Berkadar 5%
Barangan dalam kategori ini dikenakan cukai jualan 5%, merangkumi barangan pilihan atau separa mewah yang masih mempunyai nilai pengguna.
Contoh barangan kekal pada kadar 5%:
- Abalone dan lobster
- Quinoa
- Keju
- Jem buah-buahan
- Telefon pintar
Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 5%:
- Jentera industri
- King crab
- Salmon dan kod
- Cendawan truffle
- Strawberry import
- Essential oil
- Sutera
3. Barangan Berkadar 10%
Kadar 10% merupakan kadar cukai jualan tertinggi, dikenakan ke atas barangan mewah atau tidak asas, yang dianggap bukan keperluan harian rakyat.
Contoh barangan kekal pada kadar 10%:
- Kaviar
- Sirip ikan yu
- Minuman beralkohol
- Rokok dan cerut
- Barangan kulit
Contoh barangan dinaikkan ke kadar 10%:
- Lukisan tangan antik
- Sisa skrap tungsten
- Basikal lumba
Langkah pengelasan ini bukan sahaja membantu kerajaan menjana hasil negara, tetapi juga memastikan kebajikan rakyat terbela dengan tidak membebankan barangan asas harian.
Maklumat Lanjut
Senarai Perintah Cukai Jualan & Perkhidmatan – Rujuk Warta Kerajaan Persekutuan Untuk Senarai Barang Tidak Dikenakan Cukai SST 2025
1. Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) (Pindaan) 2025
2. Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2025
3. Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2025
4. Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2025
Pengumuman – PELUASAN SKOP SST 2025 (Sumber dari laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja – MySST)
NO. | DATE | TITLE | LINK |
---|---|---|---|
1 | [ 01/07/2025 ] | Panduan Jagaan Kesihatan Swasta | More > |
2 | [ 29/06/2025 ] | Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 1/2025 | More > |
3 | [ 29/06/2025 ] | Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 2/2025 | More > |
4 | [ 29/06/2025 ] | Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 3/2025 | More > |
5 | [ 29/06/2025 ] | Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 4/2025 | More > |
6 | [ 29/06/2025 ] | Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 5/2025 | More > |
7 | [ 20/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Baris Kredit atau Pembiayaan Patuh Syariah Melalui Pengaktifan Kad Kredit atau Kad Caj | More > |
8 | [ 19/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Insurans atau Takaful | More > |
9 | [ 17/06/2025 ] | Soalan Lazim (FAQ) – Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan 2025 | More > |
10 | [ 16/06/2025 ] | Soalan Lazim (FAQ) – Peralihan Perubahan Kadar Cukai Jualan 2025 | More > |
11 | [ 13/06/2025 ] | Panduan Peralihan Perubahan Kadar Cukai Jualan | More > |
12 | [ 13/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Kerja Pembinaan | More > |
13 | [ 13/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Pendidikan | More > |
14 | [ 13/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Sewaan Atau Pajakan | More > |
15 | [ 13/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Kewangan | More > |
16 | [ 10/06/2025 ] | Perintah Cukai Perkhidmatan (Pindaan) (Kadar Cukai) 2025 | More > |
17 | [ 10/06/2025 ] | Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2025 | More > |
18 | [ 10/06/2025 ] | Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2025 | More > |
19 | [ 10/06/2025 ] | Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) (Pindaan) 2025 | More > |
20 | [ 10/06/2025 ] | Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2025 | More > |
21 | [ 10/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Kewangan | More > |
22 | [ 09/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Pendidikan | More > |
23 | [ 09/06/2025 ] | Panduan Perkhidmatan Sewaan Atau Pajakan | More > |
Soalan Lazim (FAQ) SST 2025
Perubahan kadar cukai jualan yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2025.
Senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai
jualan adalah seperti berikut:
i. Kadar 5% dan kadar spesifik boleh dirujuk di bawah Perintah
Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025
ii. Barang yang dikecualikan boleh dirujuk di bawah Perintah
Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Jika barang tersebut tiada dalam kedua-dua perintah di atas, maka barang tersebut adalah berkadar 10%. Kedua-dua
perintah ini boleh dirujuk di pautan https://mysst.customs.gov.my/
Berdasarkan seksyen 3, Akta Cukai Jualan 2018 maksud mengilang adalah penukaran secara manual atau mekanikal bahan-bahan organik atau bukan organik kepada suatu produk baharu dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah pemasangan bahagian-bahagian ke dalam suatu jentera atau produk lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan. Sebarang pertanyaan lanjut, syarikat boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.
Ya, syarikat tuan perlu berdaftar di bawah seksyen 13, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya jumlah nilai jualan barang bercukai melebihi nilai ambang sebanyak RM 500,000 dalam tempoh 12 bulan.
Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST. Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman pendaftaran melalui emel yang telah didaftarkan.
Pendaftaran secara sukarela dibenarkan di bawah seksyen 14, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya tuan mengilang barangbarang bercukai dan tidak mencapai nilai ambang RM500,000.00.
Tuan boleh mendapatkan pengesahan kod tarif daripada Bahagian Perkhidmatan Teknik di negeri yang berdekatan.
Selepas mendapat pengesahan kod tarif, tuan boleh merujuk kadar cukai jualan melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Kadar cukai jualan yang baharu boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dalam portal MySST https://mysst.customs.gov.my/. Sekiranya kod tarif barang tersebut tiada dalam perintah di atas, kadar cukai jualan bagi barang tersebut adalah 10%. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.
Ya, barang yang diimport tersebut tertakluk kepada kadar cukai jualan baharu semasa barang tersebut dilepaskan daripada kawalan Kastam oleh pegawai Kastam yang hak. Pengimportan barang ke dalam Malaysia hendaklah diikrar dalam Borang Kastam No.1(K1). Bagi barangan bercukai, cukai jualan yang terlibat dibayar menggunakan borang K1.
Sebagai pengilang berdaftar, tuan layak membeli bahan mentah, komponen, bahan pembungkus dan pembungkusan, alat bantuan pengilangan dan peralatan cleanroom tanpa cukai jualan. Tuan boleh memohon pengecualian cukai jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah butiran serta dalam perintah tersebut. Permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dibuat secara atas talian dalam portal https://mysst.customs.gov.my/. Manual permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dirujuk melalui https://mysst.customs.gov.my/AboutExemption
Syarikat tuan perlu berdaftar sebagai pengilang berdaftar di bawah Seksyen 13 atau 14, Akta Cukai Jualan 2018 untuk mengenakan cukai jualan ke atas barang yang dikilangkan pada kadar baharu bermula dari tarikh kuat kuasa surat kelulusan pendaftaran
Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:
- Website: https://mof.gov.my/portal/ms/
- FB: https://www.facebook.com/KemKewangan
- IG: https://www.instagram.com/mof_malaysia/
- X: https://x.com/mofmalaysia
Atau, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian : 1300 888 500 atau email kepada [email protected]