Di dalam bulan Ramadhan, terdapat aktiviti Ramadan yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah.
Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan ketika bulan tersebut.
Mengenai Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan ialah bulan yang diwajibkan untuk umat Islam berpuasa.
Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang menceritakan perihal Maryam AS:
إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَـٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman. (Surah Maryam: 26)
Sementara, puasa dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Dalil Pensyariatan Puasa
Dalil difardhukan puasa pada bulan Ramadhan ialah firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. (Surah al-Baqarah: 185)
Dalil seterusnya berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan ibadah haji, dan puasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadith seterusnya, Rasulullah SAW bersabda kepada seorang Badwi yang bertanya kepadanya:
أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ عَلَيَّ مِنْ الصَّوْمِ؟ فَقَالَ: صِيَامُ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Beritahulah aku, apakah puasa yang Allah wajibkan ke atasku? Baginda menjawab: Puasa Ramadhan.” Riwayat al-Bukhari (1792) dan Muslim (11)
Contoh Aktiviti Ramadan Di Sekolah
Berikut aktiviti bulan Ramadan yang boleh dijalankan di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah :
1- Kuliah dan Ceramah Ramadhan
Mengadakan kuliah dan ceramah mengenai pentingnya Ramadhan, puasa, dan amalan kebaikan dalam Islam.
2- Tadarus Al-Quran
Mengadakan sesi tadarus Al-Quran di sekolah untuk meningkatkan hubungan murid dengan Al-Quran.
3- Berbuka Puasa Bersama
Mengadakan majlis berbuka puasa bersama untuk mempereratkan hubungan antara murid dan guru serta memupuk nilai berkongsi rezeki.
4- Aktiviti Kebajikan
Mengadakan aktiviti seperti mengumpul dana untuk kebajikan, membantu masyarakat kurang bernasib baik, atau melawat rumah anak yatim untuk meningkatkan kesedaran sosial murid.
5- Santai Ramadhan
Mengadakan sesi santai dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, permainan tradisional, atau pertandingan seni yang berkaitan dengan Ramadhan.
6- Kelas Penghayatan Islam
Menyediakan kelas tambahan mengenai penghayatan Islam dan amalan sunnah yang berkaitan dengan Ramadhan.
7- Program Kebersihan dan Kecantikan
Menyediakan program untuk meningkatkan kebersihan diri dan memahami sunnah berkaitan dengan kebersihan dalam Islam.
8- Kempen Kesedaran Amalan Ramadhan
Melancarkan kempen kesedaran tentang pentingnya amalan-amalan sunnah seperti Sahur, berbuka dengan kurma, dan memperbanyakkan sedekah.
9- Bengkel Seni
Mengadakan bengkel seni yang berkaitan dengan Ramadhan seperti membuat kad ucapan Ramadhan atau hiasan dinding berkaitan dengan Ramadhan.
10- Kelas Memasak
Mengadakan kelas memasak untuk mempelajari dan menghayati tradisi hidangan Ramadhan yang lazat dan sihat.
11- Aktiviti Sukan
Mengadakan aktiviti sukan yang berkaitan dengan Ramadhan seperti senamrobik atau aktiviti sukan ringan selepas berbuka.
12- Persembahan Kesenian
Menyediakan persembahan kesenian seperti nasyid atau teater pendek yang mengangkat tema kebaikan dan kemanusiaan.
Sumber: Malaysia Mendidik