Ciri Pelajar Cemerlang: Isi Penting & Contoh Karangan

Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan mengenai ciri pelajar cemerlang.

Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan mereka bagi menghadapi peperiksaan.

Isi Penting

Berikut adalah contoh isi penting bagi karangan ciri pelajar cemerlang:

1. Mempunyai Sahsiah dan Peribadi Unggul

  • Mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru, mahupun rakan-rakan.
  • Contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka.
  • Sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
  • Sahsiah dan peribadi pelajar cemerlang yang unggul disenangi oleh orang sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra.

2. Mengikuti Ajaran Agama

  • Setiap agama menganjurkan manusia melakukan kebaikan.
  • Sentiasa menjadikan agama panduan hidup.
  • Agama menjadi landasan paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang.
  • Sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka.

3. Sentiasa Mengutamakan Masa

  • Sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah.
  • Pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang.
  • Menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar seimbang daripada aspek jasmani dan rohani.

4. Mengutamakan Disiplin

  • Sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa.
  • Memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah mengikut peraturan dan tidak berfaedah.Tidak akan sekali-kali medekati gejala sosial yang boleh merugikan mereka.

Contoh Karangan Ciri Pelajar Cemerlang

i) PENDAHULUAN

Setiap pelajar mengimpikan untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Seorang pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan bakal menerajui tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagal kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka.

ii) ISI 1: MEMPUNYAI SAHSIAH DAN PERIBADI UNGGUL

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahslah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru, mahupun rakan-rakan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sahsiah dan peribadi pelajar cemerlang yang unggul disenangi oleh orang sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mestilah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

iii) ISI 2: MENGIKUTI AJARAN AGAMA

Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikuti ajaran agama. Setiap agama menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu, mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama panduan hidup. Agama menjadi landasan paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang akan sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Tuhan dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapal kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup.

iv) ISI 3: SENTIASA MENGUTAMAKAN MASA

Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka akan sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Bagi memastikan mereka mengutamakan masa, mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat panting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa di meja belajar sahaja tetapi juga menyeimbangkan dengan aktiviti yang lain.

v) ISI 4: MENGUTAMAKAN DISIPLIN

Di samping itu, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehldupan. Pelajar cemerlang akan sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Mereka juga akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah mengikut peraturan dan tidak berfaedah. Mereka juga tidak akan sekali-kali medekati gejala sosial yang boleh merugikan mereka. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.

vi) PENUTUP

Sebagai penutup, setiap pelajar perlulah mempunyai ciri-ciri pelajar yang cemerlang bagi memastikan mereka memperoleh kejayaan di dalam kehidupan mereka. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, mereka perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dengan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

Rujuk : Koleksi Model Karangan / Excellent Model Essays Tahap 1 & 2 (Tahun 1-3 & Tahun 4-6)

Bantu kami share artikel ini: