CIDS Online (Cara Login & Pembinaan RPH)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

CIDS merupakan singkatan bagi Collaborative Instructional Design System atau dalam bahasa Melayunya diterjemahkan kepada Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaborasi.

Sistem ini memudahkan dan membantu para guru merancang pembelajaran secara online dengan profesional dan sistematik, selaras dengan keperluan teknologi pada masa kini.

Dengan pelbagai fungsi yang disediakan dalam sistem ini, pembelajaran yang dirancang dengan sebaiknya oleh para guru akan menjadikan sesi pembelajaran mereka seronok dan interaktif.

CIDS ini terbukti berkesan setelah melalui penyelidikan dan verifikasi dari tokoh-tokoh pendidikan luar dan dalam negara.

Kelebihan CIDS

  1. Platform bagi membantu guru merungkai standard kurikulum bagi memenuhi keperluan Pendidikan 4.0
  2. Boleh diintegrasi dengan sumber-sumber luar (YouTube, Google Classroom, DELIMa dll)
  3. Platform bagi membant para guru merancang epmbelajaran Abad Ke-21 secara Profesional & sistematik sama ada bersemuka atau pembelajaran di rumah (PdPR)
  4. Nilai Tambah memberi kemudahan untuk merancang/melapor aktiviti kokurikulum
  5. Fungsi-fungsinya dalam diubah (customized) mengikut keperluan semasa para guru
  6. Peluang kepada individu dari komuniti yang berbeza, untuk menyumbang dan berkongsi idea, kemahiran, strategi dan pengetahuan

Kerangka utama sistem

Kerangka utama sistem ini memfokuskan kepada 4 kompoten seperti yang berikut:

  1. Pengetahun – Apa yang perlu diketahui dan difahami
  2. Kemahiran – Bagaimana menggunakan pengetahuan itu
  3. Watak – Bagaimana berkelakuan dan terlibat dalam dunia
  4. Meta-Pembelajaran – Bagaimana kita dapat merenung atau membuat refleksi dan menyesuaikan diri dalam perkembangan pembelajaran

Cara login CIDS

  1. Layari laman CIDS di pautan berikut:
  2. Klik pada butang “Login”
  3. Masukkan Username
  4. Masukkan Password

Sekiranya anda belum mempunyai akaun, boleh mendaftar akaun dengan hanya klik pada butang “Get Your Free ID”

Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal. Oleh itu perancangan yang dibuat tidak akan memenuhi keperluan anda.

Anda dinasihatkan tidak mengubah tetapan yang dibuat untuk mengelak erata.

Anda boleh menggunakan maklumat ID berikut untuk log masuk:

Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu

Dapatkan maklumat lanjut melalui email: CIDS@support team

Sila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan Pengenalan CIDS Versi 9.0

Sila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan Panduan Pengesahan Rekod CIDS Versi 9.0

Sila klik/tekan di sini untuk membaca dan mengkaji secara ilmiah aplikasi CIDS melalui Buku Panduan CIDS.

Latar Belakang CIDS

APA ITU CIDS?

Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif merupakan Alat Mereka Bentuk Instruksional Interaktif (Interactive Instructional Design Tool) bagi guru-guru merancang pembelajaran dalam talian secara profesional & sistematik mengikut keperluan pendidikan masa kini.

Terangkum di dalamnya fitur-fitur kemudahan untuk perancangan kokurikulum, Professional Learning Communities (PLC) – Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan e-Pembelajaran untuk murid.

Anda boleh merujuk panduan aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam menu Bantuan atau dari menu Soalan-soalan lazim. 

Pengendali CIDS ialah badan profesional yang menawarkan perkhidmatan latihan dan penyelesaian dalam bidang pendidikan seperti berikut:

  • Reka Bentuk Pengajaran
  • Aplikasi Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
  • Aplikasi Model ASIE dalam pembelajaran
  • Kemahiran Belajar Abad Ke-21
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
  • Kemahiran Belajar untuk pelajar
  • Kursus Motivasi untuk pelajar
  • Kemahiran Mengajar untuk guru
  • Topik-topik lain untuk Program Peningkatan Profesionalisme Guru (CPD program)
  • Latihan akan dibimbing oleh pakar-pakar pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi.

Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:

  • Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.
  • Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut
  • keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.
  • Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.
  • Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.
  • Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.
  • Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.

Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap melalui video di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut