Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh

carta organisasi kelas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setiap kelas sama ada di sekolah rendah atau menengah mestilah mempunyai carta organisasi kelas yang tersendiri.

Carta organisasi ini menunjukkan setiap struktur pengurusan kelas yang diketuai oleh guru kelas dan diikuti oleh murid-murid di dalam kelas tersebut.

Maksud Carta Organisasi Kelas

Carta organisasi ini merupakan salah satu dokumen yang menerangkan hierarki dan peranan penting dalam pengurusan kelas.

Ia juga merangkumi struktur pengurusan kelas yang dapat membantu mencipta suasana pembelajaran yang teratur dan terancang.

Carta organisasi ini juga penting dalam membantu pelajar memahami tanggungjawab dan aturan yang perlu dipatuhi dalam kelas.

Guru pula berperanan sebagai pentadbir c̲a̲r̲t̲a̲ o̲r̲g̲a̲n̲i̲s̲a̲s̲i̲ k̲e̲l̲a̲s̲ yang berkesan untuk memastikan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan.

Kepentingan Carta Organisasi Kelas

Antara kepentingan carta organisasi ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membantu guru dalam mengatur tugasan murid
  • Mewujudkan kelas yang efektif
  • Membantu pelajar memahami tugasan mereka dalam kelas
  • Menyemai sifat tanggungjawab murid terhadap kelas mereka
  • Memastikan pengurusan kelas sentiasa baik dan teratur

Struktur Organisasi Kelas

Sesebuah kelas mestilah mempunyai jawatan-jawatan berikut:

  • Ketua kelas
  • Penolong ketua kelas
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Ahli jawatankuasa

Peranan Ahli Jawatankuasa Kelas

Peranan ahli jawatankuasa kelas adalah seperti berikut:

i) Ketua kelas

  • Menjadi ketua di dalam kelas iaitu orang yang bertanggugjawab terhadap kelasnya
  • Memberi arahan kepada anggota ahli jawatankuasa kelas
  • Menyampaikan maklumat daripada guru kelas kepada ahli kelas
  • Mengetuai perbincangan dan membuat keputusan
  • Mengetuai memberi salam kepada guru yang masuk ke dalam kelas -Memastikan kelas sentiasa berada di dalam bersih dan kemas
  • Melaporkan kepada guru kelas atau guru lain sekiranya terdapat sebarang masalah
  • Memaklumkan kepada guru kelas kehadiran harian

ii) Penolong ketua kelas

  • Membantu kerja ketua kelas
  • Menggantikan tugas ketua kelas semasa ketiadaannya

iii) Setiausaha

  • Mencatatkan segala maklumat dalam mesyuarat kelas
  • Membuat kerja yang diminta oleh guru kelas atau guru lain

iv) Bendahari

  • Mengutip wang kelas bagi setiap bulan
  • Memegang wang kelas atau diserahkan kepada guru kelas

v) Ahli jawatankuasa

  • Bertanggungjawab kepada kebersihan dan keceriaan kelas
  • Memastikan peralatan dalam kelas berada dalam keadaan yang baik

Muat Turun Template

Template organisasi kelas ini boleh dimuat turun menerusi gambar di bawah:

Baca juga: Kajian Literatur: Maksud & Panduan Penulisan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut